Wednesday, June 13, 2012

Nikmat = Amanah


mungkin ramai yang tak sedar bahawa besarnya sesuatu NIKMAT tu, sebenarnya membawa bersama AMANAH yang besar. sebab tu la...

- ada orang guna duit tajaan banyaknya untuk melancong & membeli gajet2 baru je....sedangkan macam2 benda lagi boleh buat dengan duit tu. tapi, kalau perbuatan tu disertai bersama niat & matlamat yang jelas..xp la
- ada lelaki2 & orang2 yang seronok kalau dapat banyak duit & harta dalam kes pembahagian harta pusaka....diorang tak sedar kut yang duit/harta tu sebenarnya bukan untuk dorang semata-mata....duit tu datang bersama tanggungjawab yang sangat berat

ada juga yang...

- berlagak & sombong sebab rasa macam dia lebih pandai dari orang lain...sedangkan dia tak tahu yg Allah bukannnya saje-saje je bagi dia pandai. ada orang yang memerlukan tunjuk ajar & perhatian darinya sebenarnya
- rasa best & seronok habiskan masa kosongnya dengan tidur & buat benda2 yg tak berfaedah....padahal Islam dah banyak kali pesan tentang masa...bila dah nak mati nanti baru la nak sedar kepentingan masa & baru la nak sedar yang sebenarnya banyak lagi tanggungjawab yang tak settle & kena buat time2 free tu






" Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui " (2:216)


bila baca maksud ayat ni, tak risau ke dengan nikmat2 yang ada?(>_<)

* pelaburan itu bukannya untuk dunia je, ingat la akhirat sekali
* mengapa perlu risau pandangan manusia kalau kita yakin bahawa pandangan Allah itu yang lebih utama?

No comments:

Post a Comment