Friday, June 22, 2012

kita ni macam bola kan?


kita ni ibarat bola...



1) bola dicipta supaya manusia boleh bermain & beriadhah dengannya, sekali gus....kehadirannya menyebabkan manusia itu menjadi sihat & mendapat manfaat dengan bermain dengannya. Itulah kita. Kehadiran kita bukanlah tanpa tujuan yang jelas. tetapi sebenarnya adalah untuk memberi manfaat kepada manusia lain.

2) bola fitrahnya untuk disepak, ditendang & diterajang. namun sebenarnya, kewujudannya memberikan kebahagiaan kepada manusia. Itulah kita. Dalam mengajak orang ke arah kebaikan, biarlah kita disepak, ditendang & diterajang. Bukankah itu sunnatullah perjuangan? Biarlah itu semua, asalkan kita mampu memberikan kebahagian hakiki di syurga nanti

3) bola bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia setempat, malahan sebenarnya memberi manfaat kepada manusia secara global. Itulah kita. Kehadiran kita sepatutnya memberi manfaat kepada manusia seluruhnya.

4) setingga mana pun bola itu berada, ia akan turun ke tanah jua. Itulah kita. Setinggi mana pun kita diangkat, kita akan rebah ke muka bumi juga akhirnya.

5) bola itu warnanya pelbagai. warnanya berubah mengikut cita rasa setempat. Itulah kita. Warna itu ibarat teknik menyampaikan kebaikan. (warna) teknik kita menyampaikan kebaikan tidak statik. kita fleksibel untuk menyampaikan kebaikan menggunakan teknik yang berbeza-beza. tujuannya? supaya manusia selesa & menerima kehadiran kita dalam hidup mereka

'Ibrah dari sebiji bola sebenarnya cukup banyak. Cara mendapatkannya? BERFIKIR. itulah jawapannya.

(^_^)

No comments:

Post a Comment