Sunday, November 20, 2011

Nak kahwin!!!

mungkin rata2/ramai dalam kalangan kita, bila minat pada seseoorang ni, hidup jadi tak menentu. ada yang...
-mengelamun je kerjanya...dalam kepala tu asyik ingat si dia je
-terbawak-bawak ke dlm mimpi...punya la angau sangat
-setiap masa macam nampak si dia je...



kenapa jadi macam ni? sebabny, benda ni melibatkan SOAL HATI & PERASAAN. Percaya ataupun tidak, dek kerana soal hati n perasaan ni lah..kalau tak diurus dengn baik, benda ni boleh jd sangat2 berbahaya. ada yang...
-tewas. video lucah, rogol, zina...dah jadi mainan pulak benda2 camni
-secara zahirny, prangai punya la baik, (macam malaikat)....tp dkt belakang, perangai punya la teruk. buat bnda tak elok sorng2 n senyap je...
-duluny cakap tentang agama memang best. kalau pasal ikhtilat & anti-couple ni, memang dia la speaker no.1...tp bila dah sangkut dengan seseorang tu, SENYAP terus...bahkn dia la yang orang jumpa tengah dating, pegang2 tgn...

mungkin cara terbaik untuk uruskan SOAL HATI & PERASAAN ni adalh dgn berkhwin. ada yg kalau nak kahwin tu, PASANGANNYA kalau boleh...
-soleh/solehah
-taat pd ibu bapa
-rajin
-dan BANYAK lagi sifat2 baik...(tak larat nak sebut)

tp, DIRI SENDIRI...
-solat pun lambat...tambah2 subuh, klu bknny subuh gajah, confirm subuh dinosaur punya
-mak ayah mintak beli barang sikit dh merungut...bnda2 yang lain tu jangan cakap la, mmg OUT puny
-dan BANYAK lg sifat2 yg tak elok..(pun tak larat nk sebut)

pernah dengar tak Allah brfirman....
"...(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..." (surah an-nur :26)
(^_^)

Sunday, November 13, 2011

Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

kadang2 tu terfikir jugak...kenapa Malaysia tak mampu lahirakn :
- ulama' seperti Yusuf al Qaradawi
- businessman mcm Bill Gates
- doktor yang power dalam bidang2 yang bukannya berkaitan perubatan macam Dr. Zakir Naik (comparative religion)


biasany lps degree, kita akn jd :
- ustz/ustzh, businessman n doktor yg biasa2 je...msih di takuk yg sama, x ubah2 mcm zmn mak ayah kita dulu2 (ntah2 sama mcm zmn tok nenek kita dulu kot)

mungkn ke situasi ni disebabkan :
- sistem pendidikn yang teruk?
- kita ambk kos pengajian sebab terpaksa ("dah tak layak ambik kos lain, ambik kos yang ada ni pun ok la"....ATAU..."emak ayah yg suruh ambik, saya ambik je la"...ATAU..."orang bg sponsor untuk kos ni, ambk je la, buknanya minat sangat pun")
- kita takde tujuan hidup yg JELAS?

PERNAH
tak kita terfikir :
- kenapa aku ambik kos ni?
- apa yang aku nak jadi besar2 nanti?
- apa yang boleh aku sumbang kat diri/masyarakat/agama bila aku ambk kos ni?
- apa TUJUAN sebenarnya aku masuk bidang ni?


*sekadar renungan bersama*
*hidup perlu ada tujuan & hidup untuk memberi* (^_^)

Friday, October 21, 2011

UMI, ABAH...I LOVE YOU!!!

sedar ataupun tidak, MUNGKIN rata2 dlm klgn kita, dengan mak ayah ni…

-salam kadang2 je…sedangkn time kecik2 dulu, boleh je pun buat, ego sangat ke kita ni?
-selalu buat muka masam dgn mak ayah…benda2 simple yg diorng mintak tolong macam beli barang dan kemas rmh pun nk marah...sabar sikit pun tak boleh
-nak ucap terima kasih susah sekali…mulut tu macam ada batu je
-yang tinggal kt perantauan pulak…tlipon punya la jarang. Klu nk tlipon, msti ada agenda tertentu punya…kalau bukan kerana nak mintak duit, msti la sebab exam


TAPI, bila kita dah sedar betapa salahnya dan terukny perangai kita dengan mak ayah…time tu kita akn sgt2 MENYESAL…masa tu, baru la kita dgn mak ayah ni…


-teringin nak salam, peluk dan cium puas2
-tunaikan segala prmintaan yang diorang mintak
-teringin sangat2 nak ucap “UMI ABAH, I LOVE YOU!!!”


tapi, semuanya dah terlambat masa tu….sebab mereka dah pergi tinggalkn kita, mghadap Ilahi...

so, bagI sape2 yang msih ada ibu bapa…hargailah mereka, jangan sia2kan masa yang ada. Bagi sape2 yg dh bergelar, anak yatim/piatu, sentiasalah doakan kesejahteraan mereka kat sana dan jadilah anak yg soleh/solehah…

* * *

dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau ANAK YANG SOLEH YANG BERDOA UNTUKNYA." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


‎"...19/10/2010 (7.30 p.m.) tarikh arwah abah meninggal dunia; semoga Allah merahmati roh arwah abah dan allahyarham diletakkan dalam kalangan orang2 yang soleh..."

Friday, October 7, 2011

Kenapa perempuan berpurdah..?


...ISU...


Kadang2 tu, terfikir jugak...knape prmpuan berpurdah? adakah orang berpurdah kerana iany satu TUNTUTAN @ sekadar IKUT-IKUTAN je (sebab tengok orang lain pakai purdah, dia pun nak pakai jugak)

bukannya ape, ada beberapa jenis golongan berpurdah ni. antaranya...
- istiqamah kat mane2 pun still pakai purdah
- pakai purdah kt oversea je...sampai2 kat Malaysia je, trus tak pakai
- on off...kejap pakai,kejap tak
- berpurdah sekali je, pastu tak pkai dah lepas2 tu





…JAWAPAN…


ni antara sebab2 knape perempuan berpurdah (diambil dr discussion2 sebelum ni) :

1) dia dah kena cop dah. jadi dia tak mau bg orang lain tengok.

2) kalau macam kat azhar, ramai orang pakai purdah. jadi klo dia sorang
dlm kuliah dia tak pakai jadi macam pelik pulak.

3) ada jugak sebab memang sgt cantik.

4) mak ayah perempuan tu yang suruh

5) dari segi keselamatan. perempuan berpurdah ni lelaki arab takut nk kacau tapi tak mustahil jugak untuk diganggu
cuma,,probability untuk diganggu tu kurang berbanding denganmereka yg tak berpurdah.
so,,tak hairan la bila kt Malaysia diorag tak nak pakai tapi kat jordan diorang pakai pulak..lebih kpd keselamatan

6) "...pakai purdah dan tudung labuh sebab saya selesa keluar dan berinteraksi dengan lelaki dalam pakaian begitu. Lagi2 dalam meeting, yang saya suka buat mimik muka pelik2. Purdah memudahkan hidup saya..."

7) "...Antara sebab ada akhawat pakai dekat oversea sahaja, sebab tak tahan dgn tanggapan org melayu kita di malaysia. Saya tetap pakai di malaysia sebab mak pun pakai, boleh kongsi kekuatan. Anehnya org kita ni, pakai baik2 pun kena perli. Lalu dekat bazar ramadhan, mula la orang berbunyi 'AssLamualaikum ustazah', berzikir lah, selawat lah. Ikut hati tak nak keluar rumah dah..."

8) "...saya pulak pakai purdah kerana yang utama kerana Allah...tapi diri saya ikut 'uruf jugak...kat jordan saya akan pakai untuk ke selamatan diri dan taati perintah suami n ibu ayah...kat malaysia ikut keadaan untuk kita masuk dalam masyarakat ( bekerja) dan keluarga,..berpurdah bukan perkara wajib tapi digalakkan..
sy pun pd awalnya ganjal dgn fenomena ini,tp slps sy brtanya dgn beberapa pihak y berkenaan ,rasanya kita boleh terima keadaan ni.antra sebabnya ialah :

-halangan keluarga. Ada yang mula2 pakai kat sini, tapi lps balik Malaysia mak ayah tak setuju.balik sini kena buka.

-ada penyakit tertentu .contohnya tak tahan asma' waktu syita..sbb byk habuk..jd lps syita' habis,dia buka.atau ada juga yang ditakdirkn berkulit sensitif,juga pd fatrah2 tertentu,maka bila tamat fatrah tu..dia pun buka.

-masih dlm proses mujahadah .sbb istiqamah tu memerlukn mujahadah.dlm hal ni,kita sebagai yan melihat takboleh nk judge sebelum kita kaji sendiri atau tanya pd org tu face to face.lebih baik diam dpd menyebarkn prasangka buruk kpd org lain..."

…DALIL…


Actually hadis nabi ada mention bahawa fitnah di akhir zaman datangnya daripada wanita..mcm dlm hadis ni.."Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim" dan juga hadis ni ""Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

…KONKLUSI…


ni lah antara hujah2 dan komen2 yang diperoleh berkaitan dengan isu purdah (rujuk balik statement di atas). So, harap2, perempuan2 yang ingin/sudah pakai purdah…niatkanlah perbuatan tu kerana Allah, bukannya untuk dilihat cantik (insyaAllah)…

** berhujahlah ats dasar ILMU bknny EMOSI**
**semoga beramal krn kefahaman, bknny taqlid semata-mata** (^_^)

Saturday, September 24, 2011

'Audah : ada ke lagi remaja macam dia sekarang...?

Ada sorang remaja ni, umurnya baru nak masuk 20 tahun. Tapi, dia ni lain sikit compare dgn orang2 yg sebaya dengannya. Namanya…
* * *
‘Audah (bukan nama sebenar). Kalau sekali pandang,’Audah ni nampk macam orang biasa je. Nak kata handsome, muka biasa2 je. Nak kata pandai, result exam takde la gempak sangat pun. Tapi, ada satu benda yang buatkan ’Audah ni special...

Dia ingat lagi time sekolah menengah dulu masa dilantik jadi pengawas sekolah. Stress betul dia bila kena jadi pengawas ni. Berkali-kali dia jumpa guru disiplin nak resign tapi cikgu dengan tanpa komprominya tolak permohanan ’Audah ni. Dia bukannya nak tolak tanggungjawab, tapi dia sure, mesti perit punya kalau dia tetap kena jadi pengawas. Seperti yang diduga, ’Audah terus dapat layanan kelas kedua bila pegang jawatan pengawas ni. Ye la, kalau pengawas nak dapat layanan kelas pertama dari student2 lain, pengawas tu kena tolong student2 simpan handphone supaya tak kena rampas, kena simpan rahsia kegiatan diorang yang salah dan macam2 lagi yang tak sepatutnya seseorang yang bergelar pengawas lakukan. Apa lagi, student lain terus cop dia dengan gelaran “pengawas skema”. Yang paling dia tak boleh terima bila kawan2 yg satu batch buat tak endah je kat dia. Sebelum jadi pengawas, diorang ni ok je dengan dia, tp sekarang…? Bertimbun-timbun soalan dia simpan dalam kepala. Dia monolog je sorang2. “…Salah ke aku tak tolong diorang simpan handphone supaya tak kena rampas? Salah ke aku jalankan tugas aku? Kenapa orang yang buat benda baik selalu kena pulau? Betul ke yang aku buat ni..?”

Tapi lastly, dia tetap berpegang pada prinsipnya.”… Biar la kalau orang taknak kawan dengan aku pun, aku tak kisah. Yang penting, aku buat kerja ni sebab tanggungjawab. Benar tetap benar, salah tetap salah…”

Antara gejala serius budak2 sekolah esp. yang tinggal kat asrama adalah fly (keluar asrama tanpa kebenaran) dan couple. Kawan2 dia selalu cakap," time remaja ni la masa nak enjoy.… Kita kena cuba semua benda time muda2 ni. Rokok, fly, main game kat cyber café dan couple. Semua benda tu kena cuba bro. Bila dah tua nanti, kita taubat la…” “…Betul ke apa yang diorang cakap ni? Bukan ke semua benda tu buang masa je? Memang best kalau dah ada awek, ada la jugak tempat nak luahkan perasaan. Boleh hantar mesej2 nasihat, pegang tangan permpuan tu dan macam2 lagi…macam rugi je kalau tak couple.Tapi, tak berdosa ke buat semua tu..?”


Ditakdirkan Allah, lepas habis je sekolah menengah, ’Audah masuk sebuah pusat tahfiz. Kat situ dia belajar macam2 dan akhirnya dia dapat jawapan kepada semua persoalan yang dah semakin semak dalam kepalanya tu. Akhirnya dia tahu, tindakan yang dia buat selama ni betul rupa2nya.

Mulai dari situlah ‘Audah pasang target. Time remaja lain sibuk baca buku komik, ’Audah baca buku2 ilmiah. Sebut je la apa2 buku pun, dia mesti baca punya. Tak kira la buku undang2 ke, medik ke, buku comparative religion dan apa2 buku je la..dia mesti baca punya. Bukannya dia minat sangat baca buku2 tu, tapi dia terpaksa buat camtu. Sebabnya, ‘Audah ni rasa untuk kuasai semua bidang bukannya lagi satu KEHENDAK, tapi dah jadi satu KEPERLUAN..



Time
orang ajak main game PES dan FIFA, dia tolak dengan baik dan senyum je. Time kawan2nya borak2 kosong sampai berjam-jam lamanya, dia akan bangun dan balik bilik. Time kawan2nya ajak tengok movie pun dia tolak. Apa yang dia buat masa kawan2nya buat semua aktiviti ni? Bukannya dia tak buat aktiviti2 tu langsung, tapi dia berpada-pada. Kenapa? Sibuk study ke? Mungkin lebih kurang camtu bunyinya…’Audah ni akan balik bilik dan buat aktiviti2 lain. Kalau tak baca buku, dia akan bukak web2 yang bincang tentang hal ehwal semasa atau update blog. Bunyi macam dia ni anti-sosial je? Hidup sorang2 je ke?

Tak la, ‘Audah ni bukannya orang macam tu. Ingat dia suka ke baca buku banyak2? Ingat dia tak suka ke main video game? Ingat dia tak suka ke tengok movie? Ingat dia tak suka ke hidup rileks? Dia SUKA sangat2 buat benda2 tu semua. Tapi, kenapa dia still hidup macam robot je? Sebabnya, dia nak SANGAT2 bi’ah solehah zaman Rasulullah dan khulafa’ ar-rasyidin wujud balik. Dia nak SANGAT2 masyarakat jadi baik. Dia nak SANGAT2 semua orang tutup aurat. Dia nak SANGAT2 semua masalah macam zina, kecurian, bunuh dan lain2 dibasmi terus. Mungkin orang akan kata benda tu mustahil, tapi dia tak kisah langsung.”… Kalau orang lain tak nak buat, biar aku yang mulakan sendiri. Biar la aku tak enjoy zaman remaja aku macam orang lain, asalkan aku mampu ubah masyrakat sekarang kepada cara hidup masyarakat zaman Rasulullah..." Hampir setiap hari dia menangis dan berdoa, “rabbi yassir wa la tu’assir”. Rasulullah idolaku, Sultan Muhammad Al-Fateh inspirasiku. Allah matlamatku dan Islam cara hidupku…”

Prinsip hidupnya mudah je…
• Niatlah sesuatu perbuatan kerana Allah
• Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain
• Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut
• Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri
• Ingatlah mati

* * *
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.” (QS al-Mukminun : 115)

”Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?” (QS. Al-Qiyamah 36)

(>_<)

Tuesday, June 14, 2011

Sedutan Kisah Menarik


Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ditekan hebat oleh musuh-musuh yang benci dengan karier politiknya dengan kes fitnah liwat II, video seks dan macam-macam lagi. Ketika itulah, datang 3 orang ulama' kepadanya iaitu Tuan Guru Haji Salleh (Sik, Kedah), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan) dan (seorang ulama' terlupa pulak namanya). Uniknya, bagi memberi sokongan moral kepada DSAI, kesemua ulama' ini membaca sepotong ayat al-Quran yang sama berbunyi, innallazina qalu rabbunallahu summastaqamu dan memintanya sentiasa SENYUM setiap kali berada dalam keadaan SUSAH.

Selepas memenangi kejohanan tenis di Wimbledon, pemain Amerika Syarikat itu terlantar sakit dan disahkan positif HIV. Akibat kesilapan pihak hospital yang memindahkan darah yang tercemar (HIV) ke dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan, pemain tu hanya tinggal nak mati je lagi. Peminat2nya bersedih dengan nasib dirinya dan berkata, "Kenapa dalam banyak2 orang, kamu yang ditimpa malang mcm ni? Kamu tak rasa ke yang Tuhan TAK ADIL." Pemain tenis Amerika Syarikat tu hanya terSENYUM dan menjawab, "Dalam ramai2 org yang main tenis di dunia ni, hanya beberapa ratus orang je yang boleh main secara professional. Dalam beratus-ratus orang tu, hanya beberapa orang je yang layak bermain dlm kejohanan tenis utama. Dan dalam beberapa orang tu, hanya sorang je yang akan jadi johan. Masa saya jadi juara kejohanan tenis Wimbledon, saya TAK PERNAH persoalkan kt Tuhan, "Kenapa dalam ramai2 orang kt dunia ni, aku yang Engkau (Tuhan) pilih untuk menjadi juara?" "Jadi, kenapa apabila saya ditimpa MUSIBAH mcm ni, saya nak persoalkan Tuhan pulak?"

Saidina Umar ketika sedang berjalan-jalan bersama-sama para sahabat terlihat seorang budak sedang bersedih sedangkan kawan2nya sedang gembira bermain. Saidina Umar bertanya kepada budak itu, "Kenapa kamu bersedih? Kenapa kamu tidak bermain dengan kawan2 kamu itu?" Budak itu menjawab, "Adakah kita masih SEMPAT untuk BERGEMBIRA dengan dunia yang SEMENTARA ni?" Jawapan budak itu menyebabkan Saidina Umar dan para sahabat menangis.

Pearls of Words

  • It is not about what comes back; it is about what goes out


     

  • When you stop learning, you stop leading


 

  • Readers are leaders


 

  • Destiny isn't a matter of chance, it's a matter of choice, it's a thing to be waited for, it's a thing to be achieved


 

  • Being silent doesn't mean I forget, nor does it mean I give up. I'm (actually) just waiting for the right moment (to make appearance)


 

  • Repetition is mother of knowledge


 

  • Either SCIENCE or ARTS, it is a SMALL matter what course are you going to take...but, it is really a BIG matter if you don't know how to contribute to YOUR community, yourself, your country especially your RELIGION with the course that you decide to take...


     


 


 


 


 

Mutiara Kata


* "...kalau anda mempunyai BANYAK masa lapang,
jangan pelik kenapa islam mempunyai SIKIT pejuang..." -anonymous

* Bagi memastikan masyarakat mempraktikkan AMAL ISLAMI,
dan menjadikan khilafah bukannya hanya sekadar FANTASI, tapi suatu REALITI,
Kita mungkin tiada POSISI dan REPUTASI,
tapi, fikirkanlah SOLUSI dan pasanglah ASPIRASI,
untuk melakukan EVOLUSI/REVOLUSI,
Hadapilah semua mehnah dan TRIBULASI,
Jadikan Rasulullah sebagai INSPIRASI,
InsyAllah, syurga MENANTI,
Ingatlah, semuanya bermula dengan DIRI SENDIRI...

tapi, kalau kita hanya tunduk SEPI,
Cita-cita hanya tinggal MIMPI,
Harapan berkecai MATI...

* " daripada asyik bertanya MENGAPAKAH umat islam ditindas & tak MENANG-MENANG...lebih baik kita tanya diri sendiri, MENGAPAKAH aku masih boleh hidup BERSENANG-LENANG ?"

* Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab;
timbanglah amlan kamu sebelum kamu ditimbang! -Saidina Umar

* Pendakwah bukan penghukum –Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yg ke-2

* Keikhlasan itu ibarat semut yang hitam...
Di atas batu yang hitam...
Pada malam yang kelam...
Ianya wujud, tapi sangat susah dilihat...
Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut

* Jangan tanya bila Islam akan bangkit, tapi tanya pada diri…adakah kita terlibat dalam membangkitkan Islam

* Insan yg TAHU tidak sama dengan insan yg FAHAM...
cthny; rmai org yg TAHU Islam mlrg prbuatn mncuri...masih tetap mencuri. sbbny, org tu hny TAHU tetapi tidak FAHAM knapa Islam mlrng prbuatn mncuri...
so, kalau kita sblum ni hanayalah org yg TAHU kepentingan islam/dakwah/usrah...cubalah ubah supaya kita menjadi orang yg FAHAM kepentingan islam/dakwah/usrah itu..

Dekat di Hati...

  • "Adakah patut kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu mambaca Kitab? Tiadakah kamu memikirkan?" (2:44)


     

  • "Orang2 Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau, kecuali kalau engkau turut agama mereka..." (2:120)


 

  • "Hai orang2 beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesengguhnya Allah berserta orang2 yang sabar" (2:153)


 

  • "...fitnah itu lebih berbahaya dari pembunuhan..." (2:191)


     

  • "...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui" (2:216)


 

  • "Bukanlah kewajiban engkau menunjuki (memberi hidayah kepada) mereka, tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakinya..." (2:272)


     

  • "Di mana sahaja kamu berada, mati pasti akan datang mendatangimu, sekalipun kamu berada dalam mahligai yang kukuh..." (4:78)


 

  • "...bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksanya" (5:2)


 

  • "...mengapa kamu mengajari kaum, sedang Allah membinasakan mereka itu atau menyiksanya dengan siksaan yang keras? Mereka menjawab : (Kami nasihati mereka itu) untuk meminta uzur kepada Tuhanmu dan mudah2an mereka itu bertaqwa" (7:164)


 

  • "...kami selamatkan orang2 yang melarang kejahatan dan Kami siksa orang2 yang aniaya dengan 'azab yang keras, disebabkan mereka fasik" (7:165)


 

  • "...apabila datang ajal mereka, maka tiada terlambat mereka sesaatpun dan tiada pula terdahulu" (10:49)


 

  • "...Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." (13:11)


 

  • "Janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat" (17:32)


 

  • "Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan (jalan) yang se-baik2nya, hingga ia sampai dewasa; dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa" (17:34)


 

  • "Jika mereka berpaling, maka katakanlah : Aku telah memberi tahukan kepadamu dengan merata. Aku tiada tahu, segerakah atau lambatkah apa yang dijanjikan kepadamu?" (22:109)


 

  • "Perempuan2 jahat untuk laki2 yang jahat, laki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat pula, perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik pula..." (24:26)


 

  • "Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat?" (61:2)


 

  • "Hai orang2 yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari pada neraka..." (66:6)


     

  • "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak beselawat kepadaku" –Nabi Muhammad (dilaporkan oleh Al-Nasai dan Ibnu Hibban)


     

  • "Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua, maka (mereka) bukan dari kalangan kami" –Hadis riwayat Abu Daud


 

  • "Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu "–Hadis Ibnu Umar


     


 


 

Kita Selalunya... Kan Lebih Baik Kita...

KITA SELALUNYA...

KAN LEBIH BAIK KITA...

Dalam Komuter

- sembang2 kosong, gelak2, main game, senyap je (tak buat apa2 langsung)

- baca buku, 'iadah (baca al-Quran), sembang sesuatu yang berilmiah dengan penumpang lain

Time free (waktu nak relax2)

- main PES 2010, FIFA Football Manager, tengok video/movie (yang entah apa manfaatnya), sembang2 kosong, gelak2, baca komik dan majalah hiburan (yang xde input)

- main game yang mengasah minda (macam Who Wants to be A Millionaire), baca sesuatu yang berilmiah, berdiskusi tentang isu semasa dan berfikir tentang cara nak settlekan masalah umat

Time cuti (hari xde kuliah)

- tidur setidur-tidurnya (tidur lepas solat subuh sampai le tengahari, baru nak bangun), bantai marathon tengok movie sampai tak ingat dunia; (English movie macam Crow Zero), outing ke Rawang (main game kt cyber cafe ) dan jalan2 kt KL x buat apa2 pun

- join apa2 forum, bukak website yang bermanfaat, berusrah, baca buku sebanyak mungkin dan buat perbincangan tentang isu semasa

Time bercakap

- punye la berdentum-dentam mengalahkan PM, tp dari sudut pelaksanaan...hampeh (lebih sudu dari kuah)

- selalu merungut, "...bila la semua masalah kt dunia ni akan sette... ATAU "...bila la Islam akan bangkit..." tapi sekadar rungutan je la yang kedengaran. Nk ubak keadaan tu, xde la pulak

- ringkas, padat dan...DILAKSANAKAN

- kata pada diri sendiri, "...AKULAH yang akan ubah keadaan masyarakat dan tegakkan semula agama Islam..."

Kalau nak baca buku

- kita baca buku Kreko, Wisel! dan apa2 je la buku komik yang sekadar nak seronok2 je

- kita baca buku yang lebih berinformasi macam buku2 yg berkonsepkan pemikiran, ideologi, agama, kekeluargaan dan isu2 semasa

Kalau bercita-cita

- cuma nak jadi doktor, engineer, economist dan guru yang biasa2 je

-jadi doktor pakar, engineer NASA, tokoh korporat, PM, MB dan pegang apa2 je jawatan tinggi dalam masyarakat. Niatnya adalah untuk ubah keadaan masyarakat yang sudah teruk dan tunjukkan yang umat Islam adalah yang terhebat dalam semua bidang


 

Sekilas Pandang

Kita selalu tuding jari kt orang lain kalau timbul apa2 masalah, tambah2 lagi bila berkaitan dengan permasalahan agama...tapi kita TAK PERNAH salahkan diri sendiri dan masih boleh bersenang-lenang walaupun masyarakat sekarang dah sangat parah. Ingatlah, "...Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." (13:11) dan "...dunia ni adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir..."

Tepuk dada, tanyalah iman...

Saturday, March 12, 2011

Foreword

Assalamu’aluikum w.b.t. and I hope all of you in a pink of health. First and foremost, I want to thank gratefully to Allah, the Most Gracious and the Most Merciful because of His blessing, I manage to have my own blog. Actually, I’ve planned for months to be a blogger but praise to Allah the Almighty, after facing many obstacles and tribulations; I finally could fulfill my dream, Alhamdulillah. Thank you very much for your concern to be the follower of this blog and please judge anything I post in a wise manner. I really hope you can respond to my post and inform me especially if I’ve posted something wrong. InsyaAllah, articles in this blog will be in Malay language and English language. As a biologically Malay born male as well as a new learner, I’ll make common grammar mistakes. I’m so sorry for my weakness and I hope you can get benefits from this blog. Lastly, I really wish Allah to bless my little efforts to make this blog and it can be an evidence for me in the Day of Judgement, insyaAllah.

-THE REVIVALIST-