Tuesday, March 25, 2014

aku dah penat-penat study...kenapa tak boleh score?


bilamana kita dah study teruk-teruk tapi still tak boleh score...mesti kita rasa tension giler kan? bertambah bengang lagi kalau kita tengok kawan kita yang study pun lebih kurang, kaki main game & kuat tidur score lagi tinggi daripada kita...pergh, panas bro!

sampai satu tahap tu...

- kita rasa Allah ni macam tak adil je...ye la, kita study penat-penat...markah takde le tinggi mane pun. kawan kita ni pulak, dah la 24 jam menghadap komputer main game...buku memang dah terbang ke mane pergi pun tak tahu. tup-tup, score!

- kita rasa macam Allah ni kejam...mane taknya, kita mula study start dari awal sem lagi. kawan kita ni pulak kaki movie...lepas habis satu movie, movie yg lain pulak dia balun...study memang confirm last minute punya. bila result keluar, markah dia lagi daripada kita..arrghhh !!!!

pernah tak kita terfikir, Allah sebenarnya...

- sayangkan kita. bilamana kita ni kurang pandai...kita mesti akan lebih banyak luangkan masa untuk study kn? so, mane la sempat nak main game & buat benda-benda lain yg tak berfaedah...betul tak? mungkin tak Allah sebenarnya nak jauhkan kita dari buang masa? bayangkan kita ni power macam kawan kita tu...ntah-ntah kita jadi macam dia jugak. buang masa sama macam dia jugak...untuk ape? nak ke?

- nak bagi kita pahala banyak-banyak. insyaAllah kalau niat kita betul, setiap kali baca buku tu..Allah bagi pahala. lagi banyak baca buku, lagi baaaaaanyak pahala Allah bagi. so, untung tak kita? untung kn?

- Allah nak kita semakin dekat dengan diri-Nya. biasanya orang-orang yg lemah macam kita ni mesti banyak berdoa, banyak menangis, banyak mengadu kt Allah & banyak qiamullail kn? haaa...kn ke bagus tu...betul tak?

- nak jatuhkan ego kita & buatkan kita jadi rendah diri. ye la, kita terpaksa sorong buku ke mana-mana nak mintak orang tunjuk ajarkan...kita mane la reti belajar sendiri-sendiri

-------------------------------

kadang-kadang, kita mudah sangat nampak kelemahan yg ada pada diri kita & senag-senang je salahkan orang (pihak) lain atas kelemahan yg ada pada diri kita tu. kenapa kita cuba lihat dari sisi yg lain?

berhusnuzzonlah dengan Allah...insyaAllah, ada banyak hikmah tersembunyi sebenarnya (^_^)

maka,

bergembiralah anda menjadi orang yg tidak banyak membuang masa!!!

"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia yakni nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan" - Riwayat Imam Bukhari

Monday, March 17, 2014

sibuk sikit la...hari lain boleh tak?


A : "sibuk tak sekarang? nak tanya sikit boleh?"

B : "hurm..boleh je. tapi sekarang ni macam sibuk sikit la. boleh tak kalau tanya nanti je..?"

A : "Ouh, ok je. Nanti kalau dah free jangan lupa bagitau ye..ada benda sikit nak tanya. tq :) "

------------

tak salah kalau kita berlaku jujur; ye la...masa kita yang terlampau pack, hanya Allah yang tahu..

namun,

janganlah sampai kesibukan menghalang kita daripada menjadi telinga dalam mendengar masalah & keluhan dia; kita kena sedar..

- mungkin hanya kita, orang yang dia sudi berkongsi suka gembira, duka dan lara

- mungkin kitalah satu-satunya tempat, yang dia sudi mengadu & bercerita...

- mungkin hanyalah kita, orang yang dia sudi berkongsi air mata..

- mungkin juga..tanpa kita, tiada lagi orang yang mampu dia berkongsi derita

- dan mungkin, kita satu-satunya orang... yang paling dia percaya..


hargailah dia; sebahagian daripada kita, teman di syurga sana :)


Hujan


antara perkara baik yang boleh dilihat di Universiti Yarmouk kesan daripada hujan (lebat) yang turun..

1. tidak nampak orang arab melepak-lepak di tepi jalan raya
2. tidak nampak pasangan arab bercouple di bawah pokok di sini-sana
3. tidak nampak orang arab merokok secara terbuka
4. tidak nampak orang arab duduk di atas buku yang sudah menjadi budaya biasa


dan yang (lebih) penting...

5. tidak nampak tarian & tidak mendengar muzik yang menyakitkan telinga...yang dipasang dengan kuat hanya kerana gembira menyambut kemenangan pilihan raya (sampai menganggu kuliah yang ada)

sebab itulah orang kata hujan ni membawa rahmat; rahmat "pembersihan" kurniaan tuhan yang maha Esa. mungkin?




tapi ada suatu perkara yang sama antara melayu dan arab ketika hujan lebat ni...

6. tidak nampak di dalam kelas

Monday, March 10, 2014

"orang lama"

orang baru kahwin biasanya akan...

1. tangkap gambar sama-sama & state, "bahagianya hidup berbaitul muslim" & post di facebook..

2. tangkap gambar berpegangan tangan & state, "indahnya cinta yang halal" & post...juga di facebook

3. tangkap gambar makanan, cincin, aiskrim dll & state, "untungnya dah ada orang rumah yang tolong masak" & post di intsagram..

tiba-tiba teringat pada pesanan umi...

"faris kalau dah kahwin nanti jangan lupa kt umi tau. orang lelaki ni biasanya camtu la...bila dah kahwin, dia selalu lupa emaknya di rumah"

-----------------

ringkas. tapi sangat mendalam maksudnya.

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia hidup berkeluarga baru; sampai kita terlupa "keluarga lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongi perasaan dengan orang baru; sampai kita terlupa perasaan "orang lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongsi makanan, minuman, aiskrim & maaaacam-macam perkara dengan orang baru; sampai kita terlupa yang sebenarnya, "orang lama" lah yang paling banyak berkongsi segala benda dengan kita.

kadang-kadang tu...kita rasa gundah-gulana kalau tak call & dengar suara orang baru; cuba tanya diri sendiri..."bila hari terakhir aku call orang lama"?

kadang-kadang tu...kita rasa sedih nak gila apabila orang baru merajuk, & menangis kerana kesalahan kita. terlupakah kita siapa yang menjadi tempat meluahkan rasa, berkongsi tawa & segala macam perkara kalau bukan "orang lama"? sudah berapa banyak dosa kita dengan "orang lama"...pernahkah maaf dipinta?

------------------

entahlah. belum rasa perkahwinan itu bagaimana, tak berani nak kata. doanya, semoga aku sentiasa mengasihi & menyayangi "orang lama"; umi yang tercinta :)

رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
(Ya Allah) Tuhanku, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.