Sunday, June 3, 2012

aduhai suratkhabar...kenapa jadi macam ini?


teringat time kecil2 dulu...

- mak & ayah mesti suruh tukar channel lain kalau masa tengah2 tonton tv tu, tiba2 je ada iklan2/babak yg tak elok (macam babk perempuan seksi)
- selalu baca berita polis buat serbuan & rampasan barangan2 lucah...gambar2 & video2 lucah habis kena sapu oleh diorang
- ustaz selalu pesan yg penghafaz al-quran ni tak boleh tengok benda2 tak elok...cepat lupa hafalan nanti

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- mak ayah boleh ke elakkan anak2nya baca/tengok yg tak elok? suratkhabar percuma kt sekolah ada je gambar 18 SX...
- kenapa polis tak buat rampasan suratkhabar & Utusan hari ni (2/5/2012) & hari2 sebelum ni? tak cukup lucah ke?
- kesian kn dekat penghafaz al-quran? diorang nak baca suratkhabar untuk jadi huffaz yg celik...bila banyak benda2 tak elok ni, nak baca pun dah takde mood kn?


dan zaman sekolah dulu...

- suka sangat baca surat khabar...ye la, sebab nak tau result bola sepak team favourite masing2
- surat khabar ni dah jadi macam kewajipan buat budak2 yang masuk debat...nak dapat update isu2 semasa untuk modal perlawanan nanti
- ambil berita2 dalam suratkhabar untuk dibincangkan time usrah

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- banyak sangat benda yg macam tak boleh percaya...boleh jadi bukti time lawan debat nanti ke?
- asyik2 cerita tentang pergaduhan politik & benda2 lucah...bagus ke benda ni jadi topik perbualan & perbincangan ilmiah?

* sentiasa mengharapkan media yang lebih berilmiah *
* harapnya kita tidak menjadikan politik itu sebagai
KIBLAT/TUHAN *

(^_^)





No comments:

Post a Comment