Tuesday, March 25, 2014

aku dah penat-penat study...kenapa tak boleh score?


bilamana kita dah study teruk-teruk tapi still tak boleh score...mesti kita rasa tension giler kan? bertambah bengang lagi kalau kita tengok kawan kita yang study pun lebih kurang, kaki main game & kuat tidur score lagi tinggi daripada kita...pergh, panas bro!

sampai satu tahap tu...

- kita rasa Allah ni macam tak adil je...ye la, kita study penat-penat...markah takde le tinggi mane pun. kawan kita ni pulak, dah la 24 jam menghadap komputer main game...buku memang dah terbang ke mane pergi pun tak tahu. tup-tup, score!

- kita rasa macam Allah ni kejam...mane taknya, kita mula study start dari awal sem lagi. kawan kita ni pulak kaki movie...lepas habis satu movie, movie yg lain pulak dia balun...study memang confirm last minute punya. bila result keluar, markah dia lagi daripada kita..arrghhh !!!!

pernah tak kita terfikir, Allah sebenarnya...

- sayangkan kita. bilamana kita ni kurang pandai...kita mesti akan lebih banyak luangkan masa untuk study kn? so, mane la sempat nak main game & buat benda-benda lain yg tak berfaedah...betul tak? mungkin tak Allah sebenarnya nak jauhkan kita dari buang masa? bayangkan kita ni power macam kawan kita tu...ntah-ntah kita jadi macam dia jugak. buang masa sama macam dia jugak...untuk ape? nak ke?

- nak bagi kita pahala banyak-banyak. insyaAllah kalau niat kita betul, setiap kali baca buku tu..Allah bagi pahala. lagi banyak baca buku, lagi baaaaaanyak pahala Allah bagi. so, untung tak kita? untung kn?

- Allah nak kita semakin dekat dengan diri-Nya. biasanya orang-orang yg lemah macam kita ni mesti banyak berdoa, banyak menangis, banyak mengadu kt Allah & banyak qiamullail kn? haaa...kn ke bagus tu...betul tak?

- nak jatuhkan ego kita & buatkan kita jadi rendah diri. ye la, kita terpaksa sorong buku ke mana-mana nak mintak orang tunjuk ajarkan...kita mane la reti belajar sendiri-sendiri

-------------------------------

kadang-kadang, kita mudah sangat nampak kelemahan yg ada pada diri kita & senag-senang je salahkan orang (pihak) lain atas kelemahan yg ada pada diri kita tu. kenapa kita cuba lihat dari sisi yg lain?

berhusnuzzonlah dengan Allah...insyaAllah, ada banyak hikmah tersembunyi sebenarnya (^_^)

maka,

bergembiralah anda menjadi orang yg tidak banyak membuang masa!!!

"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia yakni nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan" - Riwayat Imam Bukhari

Monday, March 17, 2014

sibuk sikit la...hari lain boleh tak?


A : "sibuk tak sekarang? nak tanya sikit boleh?"

B : "hurm..boleh je. tapi sekarang ni macam sibuk sikit la. boleh tak kalau tanya nanti je..?"

A : "Ouh, ok je. Nanti kalau dah free jangan lupa bagitau ye..ada benda sikit nak tanya. tq :) "

------------

tak salah kalau kita berlaku jujur; ye la...masa kita yang terlampau pack, hanya Allah yang tahu..

namun,

janganlah sampai kesibukan menghalang kita daripada menjadi telinga dalam mendengar masalah & keluhan dia; kita kena sedar..

- mungkin hanya kita, orang yang dia sudi berkongsi suka gembira, duka dan lara

- mungkin kitalah satu-satunya tempat, yang dia sudi mengadu & bercerita...

- mungkin hanyalah kita, orang yang dia sudi berkongsi air mata..

- mungkin juga..tanpa kita, tiada lagi orang yang mampu dia berkongsi derita

- dan mungkin, kita satu-satunya orang... yang paling dia percaya..


hargailah dia; sebahagian daripada kita, teman di syurga sana :)


Hujan


antara perkara baik yang boleh dilihat di Universiti Yarmouk kesan daripada hujan (lebat) yang turun..

1. tidak nampak orang arab melepak-lepak di tepi jalan raya
2. tidak nampak pasangan arab bercouple di bawah pokok di sini-sana
3. tidak nampak orang arab merokok secara terbuka
4. tidak nampak orang arab duduk di atas buku yang sudah menjadi budaya biasa


dan yang (lebih) penting...

5. tidak nampak tarian & tidak mendengar muzik yang menyakitkan telinga...yang dipasang dengan kuat hanya kerana gembira menyambut kemenangan pilihan raya (sampai menganggu kuliah yang ada)

sebab itulah orang kata hujan ni membawa rahmat; rahmat "pembersihan" kurniaan tuhan yang maha Esa. mungkin?




tapi ada suatu perkara yang sama antara melayu dan arab ketika hujan lebat ni...

6. tidak nampak di dalam kelas

Monday, March 10, 2014

"orang lama"

orang baru kahwin biasanya akan...

1. tangkap gambar sama-sama & state, "bahagianya hidup berbaitul muslim" & post di facebook..

2. tangkap gambar berpegangan tangan & state, "indahnya cinta yang halal" & post...juga di facebook

3. tangkap gambar makanan, cincin, aiskrim dll & state, "untungnya dah ada orang rumah yang tolong masak" & post di intsagram..

tiba-tiba teringat pada pesanan umi...

"faris kalau dah kahwin nanti jangan lupa kt umi tau. orang lelaki ni biasanya camtu la...bila dah kahwin, dia selalu lupa emaknya di rumah"

-----------------

ringkas. tapi sangat mendalam maksudnya.

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia hidup berkeluarga baru; sampai kita terlupa "keluarga lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongi perasaan dengan orang baru; sampai kita terlupa perasaan "orang lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongsi makanan, minuman, aiskrim & maaaacam-macam perkara dengan orang baru; sampai kita terlupa yang sebenarnya, "orang lama" lah yang paling banyak berkongsi segala benda dengan kita.

kadang-kadang tu...kita rasa gundah-gulana kalau tak call & dengar suara orang baru; cuba tanya diri sendiri..."bila hari terakhir aku call orang lama"?

kadang-kadang tu...kita rasa sedih nak gila apabila orang baru merajuk, & menangis kerana kesalahan kita. terlupakah kita siapa yang menjadi tempat meluahkan rasa, berkongsi tawa & segala macam perkara kalau bukan "orang lama"? sudah berapa banyak dosa kita dengan "orang lama"...pernahkah maaf dipinta?

------------------

entahlah. belum rasa perkahwinan itu bagaimana, tak berani nak kata. doanya, semoga aku sentiasa mengasihi & menyayangi "orang lama"; umi yang tercinta :)

رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
(Ya Allah) Tuhanku, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Sunday, February 9, 2014

kejap la..


[Questions & Answers]

latar masa : sebelum solat subuh
Q : akhi, taknak qiamullail ke?
A : ala..awal lagi ni. sejuk kut kt bilik air tu..

latar masa : subuh
Q : wei, bila nak bangun solat subuh? dah lambat ni..
A : kejap2. lagi 5 minit aku bangun..

latar masa : selepas solat subuh
Q : bro, dah baca al-Qur'an belum?
A : rileks la..bagi aku tido kejap. lepas bangun tido nanti aku baca

latar masa : hari khamis
Q : eh, tak pose ke?
A : tak bangun sahur pulak hari ni. nanti2 je la aku pose..

latar masa : hari kuliah
Q : wei, bangun la..ko taknak gi kelas ke?
A : malas betul la...esok2 je la aku pergi

latar masa : waktu malam
Q : aku nampak korang ni asyik main game je..bila masanya korang nak study?
A : ala...baru awal sem kut. bagi la kitorang seronok2 dulu. malam periksa nanti kitorang study la..

latar masa : bila2 masa
Q : aku nampak korang ni macam selalu je enjoy..taknak start berdakwah ke?
A : kitorang dah tua nanti kitorang berdakwah la..bajet betul la mamat ni. ko ingat ko ni alim sangat ke?

-----------------------

kalaulah kematian itu boleh ditangguh-tangguhkan.... :)

Thursday, June 27, 2013

jerebu kita VS "jerebu" Palestin

kita marah dengan Indonesia kerana dilihat tidak peka & tidak bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah jerebu yang bertahun-tahun melanda rakyat negara kita

agak-agaknya...

rakyat Palestin marah tak dengan negara-negara Islam lain yang dilihat tidak peka & tidak bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah "jerebu" akibat peperangan n penindasan yang bertahun-tahun menimpa rakyat mereka?

--------------------------

hahaha. memang kita adalah masyarakat yang pentingkan diri sendiri

boleh ke solat dalam kapal terbang?

antara masalah paling common yg dialami oleh student2 oversea adalah isu solat dalam kapal terbang. so, time nk pulang ke Malaysia dari Jordan hari tu...sy pun bacalah blog Fathullah Al-Haq Muhd Asni tentang Panduan Menunaikan Solat Di Dalam Kapal Terbang & Kenderaan

lepas baca blog tu, memang banyaklah benda yg semakin clear. tp, kalau ikut panduan yg diberikan...banyak keadaan memerlukan kepada kita untuk bertanya kepada petugas kapal terbang (pramugara/pramugari). maka, timbul la pulak persoalan2 yg lain..

- pramugara/pramugari ni tahu tak camne cara nak tentukan arah kiblat dlm kapal terbang? confirm diorang ni mesti tak tahu punya arah kiblat kt mane...
- pramugara/pramugari ni tahu tak camne cara nak tentukan waktu solat dlm kapal terbang? confirm diorang ni mesti tak tahu punya solat masuk pukul brape...
- boleh ke solat berdiri dlm kapal terbang? ada tempat ke disediakan untuk solat berdiri dlm kapal terbang? tak jatuh ke time solat tu?


punya la pandang rendah dengan nilai ilmu & islamisasi yg ada kt pramugara/pramugari kapa terbang ni. bila dah jadi camtu...

- mula la fikir nak buat solat hormat waktu...padahal takde pun solat camtu sebenarnya (kalau berdasarkan artikel dlm blog tu la)
- mula la fikir untuk solat duduk je...padahal kena try sedaya upaya untuk solat berdiri. klu tak boleh, baru boleh solat secara duduk
- mula la fikir nak solat dgn cara yg paling mudah; arah kiblat & waktu solat ikut ijtihad sendiri...padahal cara tu hanya terpakai setelah berusaha sedaya mungkin untuk dapatkan setepat mungkin arah kiblat & waktu solat dengan bertanyakan kpd petugas kapal terbang (ex : pramugara/pramugari)


----------------------------------

dengan keyakinan setinggi 99% yg pramgura tu confirm tak tahu ap2 brkaitan kiblat & benda2 yg berkaitan dengannya...pergi la jgk tanya kt salah seorang pramugara yg ada...alangkah terkejutnya

- apabila pramugara tu tahu kt mane arah kiblat
- apabila pramugara tu tahu bila masuknya waktu solat fardhu
- boleh je pun sebenarnya solat berdiri dalam kapal terbang
- ada je pun tempat untuk solat berdiri dlm kapal terbang

habis je solat subuh tu....time otw balik ke seat sendiri, sy pandang la kiri kanan. rata-rata penumpang sedang tidur dan sebahagian besar penumpang adalah orang Indonesia & orang Malaysia. rasanya wajarlah kalau saya katakan yang mereka ini kesemuanya beragama Islam...

tertanya-tanya juga...

- mereka ni solat tak?
- semua perempuan Islam dalam kapal terbang ni uzur syar'ie ke?
- memang rata-rata penumpang2 dlm kapal terbang memang tak solat ke?


-------------------------------------

jangan malu bertanya & jangan pandang rendah orang lain.
semoga kita menjaga solat kita di mana jua kita berada (^_^)

*rujuk : fikrahhalaqah.com/fiqh-ibadah-panduan-menunaikan-solat-di-dalam-kenderaan/