Sunday, December 2, 2012

teringin nak derma duit banyak-banyak, tapi...


seronok bila dapat lihat orang berlumba-lumba nak menderma untuk rakyat Palestin (Gaza), sumbangan sampai boleh mencecah ribuaan ringgit...respect!

tapi,

sedih sebenarnya apabila diri sendiri tak dapat menderma sebanyak tu...ye la, kita ni sape? mane ada duit sebanyak tu..

namun, bila teringat kata-kata seorang ustaz...

"kalau kamu tak mampu menyumbang dari sudut kewangan, kamu sumbang la dari sudut perkhidmatan (service"

------------------------------------------------------

Kadang-kadang, kita terlupa bahawa kita dikurniakan tenaga & tubuh badan yang sempurna.

Kalau tak mampu menjadi seorang jutawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan
Kalau tak mampu menjadi seorang hartawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan
Kalau tak mampu menjadi seorang dermawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan

Just spread the words using fb/twitter, wearing button, keep reciting doa & baaaanyak lagi cara yg kita boleh gunakan untuk menyumbang

---------------------------------------------------------

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin DIRI dan HARTA mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh..." (at-taubah : 111)

-----------------------------------------------------------

cuba ambil pengajaran dari kata2 Hiruma Yoichi (antara watak utama dalam komik Eyeshield 21) :

" we don't have time to waste asking for things we don't have. we can only look for the best way to fight with the things we have "
(^_^)



Apa maksud fardhu kifayah?


kt bawah ni adalah beberapa contoh cara menjawab yg mudah & standard bagi soalan2...

Soalan 1 : Apa itu fardhu 'ain?
Jawapan : perkara yg setiap orang Islam perlu buat

Soalan 2 : Apa itu fardhu kifayah?
Jawapan (cara pertama) : perkara yg apabila ORANG LAIN dah buat, KITA dah tak perlu buat

kenapa soalan kedua kita tak jawab macam kt bawah ni?

Soalan 2 : Apa itu fardhu kifayah?
Jawapan (cara kedua) : perkara yang apabila KITA dah buat, ORANG LAIN dah tak perlu buat

nampak simple kn? tapi perasan tak, cara kita menjawab soalan kedua tu melambaNgkan dua keadaan yg berbeza (walaupun memberikan maksud yg sama)?

-------------------------------------------

kadang-kadang, kita lebih selesa pass tanggungjawab kt orang lain kn? sedangkan, diri sendiri tak pernah cuba pun nak pikul tanggungjawab tu

mungkin ni antara punca masalah2 yang berlaku kt umat Islam sekarang.... (>_<)






Sahabat yang baik adalah...


Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.)

“ Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (Tarmizi) "

-----------------------------------------

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati." (^_^)


Friday, November 23, 2012

1 Muharram : [ Pantun 2 kerat ]


orang lain berduka menyambut awal tahun hijrah mengenangkan betapa lama kita dijajah,
orang kita suka ria menyambut awal tahun hijrah kerana membayangkan hari cuti yang indah.

orang lain syahid mati berjuang di medan perang,
orang kita syahid atas tilam kerana tidur yang panjang.

orang lain lain tengah sibuk menelaah buku,
orang kita tengah sibuk melayan game PES season baru.

adakah budaya hidup kita salah?
kalau itu cara hidup Rasulullah...maka teruskanlah

------------------------------

biasanya tarikh 1 Muharram dijadikan sebagai hari cuti...

maka amat rugilah bagi sape2 yg menyambut awal tahun baru Islam ini & memulakan azamnya dengan tidur dari lepas subuh hinggalah waktu tengah hari

-------------------------------

kenapa kita masih mampu tidur lena sedangkan rakyat Gaza tengah sedih & menderita? siapa lagi yang akan tolong diorang kalau bukan kita?

kenapa kita masih boleh ketawa sedangkan masyarakat dunia Islam yang lain sedang menangis?

-------------------------------

special pray for Gaza & Syria

salam 1434 hijrah,
semoga kita berubah
(^_^)


kenapa takut untuk tanya soalan?


semenjak dari zaman sekolah rendah sampai la zaman pra-universiti, bila diberi peluang untuk bertanya di hadapan ramai orang...

- ada orang yg malu-malu nak bangun....katanya, "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- ada juga yg segan-segan nak angkat tangan...katanya," aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kat sini"
- tak kurang juga ada yg cakap slow2 dengan kita (tapi dengan nada bersema
ngat & suara yg berapi-api)
..."aku rasa keadaan sepatutnya camni la". tapi, bila disuruh bangun untuk bagi pendapat...kesudahannya..."xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

RAMAI ORANG yg ada soalan2 yg bagus & idea-idea yg bernas sebenarnya. tapi, tak nak bersuara hanya dengan alasan...

- "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- "aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kt sini"
- "xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

bila fikir-fikir balik...

- kalau ada perempuan-perempuan tengok korang time korang tanya soalan/bagi pendapat....so what? ada masalah ke?
- korang ingat diorang akan terpikat dengan korang ke bila korang tanya soalan/bagi pendapat? (kalau jawapannya ya, macam mudah sangat je perempuan tu terpikat...)
- katakan ada perempuan yg terpikat pun...then? korang memang kena kahwin dengan dia ke?
- kalau ada 10 ada perempuan yg terpikat time korang tanya soalan/bagi pendapat (situasi yg mustahil sebenarnya)...then? korang kena dkahwin dengan semua perempuan2 tu la?

ni adalah contoh sindrom-sindrom pelik yg menimpa sebahagian kaum lelaki. rasanya kalau perempuan pun sama jugak keadaanya...

----------------------------------------------

idea & pendapat kita tidak akan selama-lamanya kekal dalam ingatan. boleh jadi kita sebenarnya mampu membuat PERUBAHAN BESAR dalam masyarakat dengan idea & pendapat kita (yg mungkin sangat bernas & bermanfaat...rugi kan?)

janganlah sekat potensi & akal kita daripada berfikir dengan perasaan hati yg BUKAN-BUKAN & TAK LOGIK








* p/s : bila masuk universiti ni, rasanya golongan2 yg disebut dalam dialog2 kt atas dah tak wujud kut (^_^)

alahai perempuan...


dulu-dulu, kalau nak baca diari orang sangatlah susah. dah benda tu rahsia, takkan mudah-mudah je nak bagi oarang baca kan? kalau diari perempuan jangan cakap la, confirm tak dapat baca punya.

tapi, tu dulu. sekarang tak lagi. kalau nak baca diari someone, korang buka je account facebook/twitter dia, memang memanjang je update status. post tentang bangun tidur, makan, cinta, sedih & baaaaaaaaaanyak lagi.

sekarang, facebook & twitter dah jadi diari manusia. dah takde rahsia lagi dah...semua orang boleh baca. kadang-kadang tu, fb/twitter lagi tepat dari dunia sebenar.

sebab tu la ada orang yang depan mata kita nampak senyap je. tapi kt laman sosial, terkejut bro, 100% x sama. ada jugak orang yg kalau kita jumpa kat luar, muka memang tunduk ke bumi je. tapi kt fb/twitter, perangai tak sama langsung. pelik kan? kenapa perangai kat luar & dalam tak sama ea?

lawak jugak kalau ada2 yg nak cari publisiti & keseronokan sementara dengan post yg ntah ape2 kt fb/twitter. macam desperate je nak dapatkan perhatian orang lain...(>_<)

Betul la, hidup jangan jumud. tapi, jangan la hanyut sangat.

----------------------------------------

ada orang cakap, nak pilih pasangan untuk kahwin nanti...try check fb/twitter orang tu. insyaAllah, perangai sebenarnya hampir sebijik sama dengan yg ada dalam laman sosial. betul ke? (^_^)




Saturday, October 27, 2012

sia-sia je baca al-Quran


kadang2, kita rasa tidak selesa menonton cerita Hollywood, Bollywood atau Korea tanpa subtitle...rasa macam kurang menarik kerana ceritanya kurang difahami dan dihayati.

tapi,

bila fikir-fikir balik...kita tak pernah rasa rugi apabila membaca Al-quran tanpa terjemahan dan memahami isi kandungannya kan?


masalah betul la minah ni




bila kita jumpa orang-orang yg bermasalah & selalu ganggu kita buat benda baik, kita akan fikir...

- teruk betul la budak ni. asyik2 muka dia je yg buat masalah...mak bapak dia tak pernah ajar buat baik ke?
- budak ni lagi yg buat masalah...takde org lain ke? pernah belajar agama ke tidak dia ni?
- kenapa la dia selalu kacau aku buat benda baik? bukannya aku buat benda jahat pun...dia ni memang takde kerja lain ke?
- memang gelap la masa depan budak ni...sekali pandang pun dah tau

tapi, pernah tak kita terfikir yang mungkin...

- background budak ni bukan macam kita...kita mungkin la datang dari background family yg baik2. dia? mak bapak dia selalu gaduh2, ada korang pernah kisah? familly dia yg tunggang-langgang, ada pernah korang ambik tahu?
- dia ni bukannya ada basic agama sangat pun...sekolah pun biasa2 je. korang ni yg dari sekolah agama & belajar agama dari kecil lain la. try korang duduk kt tempat dia...
- dia jadi camni pun sebab korang jugak. korang pernah ke explain kt dia baik2? ni tak...kalau jumpa asyik nak bertekak je. kalau boleh memang xnk tengok langsung muka dia

--------------------------------------------------

kalaulah kita pandang org dengan pandangan seorang guru disiplin....maka kita akan nampak kesalahan dia je

so,


pandanglah sebagai seorang guru kaunselor...nescaya kita akan terlebih dahulu berfikir untuk merasionalkan perbuatan tersebut sebelum dimuktamadkan dengan membuat penilaian yang sesuai...

pandanglah dia dengan pandangan seorang guru kaunselor...maka kita akan berusaha sedaya upaya supaya dia menjadi "anak didik" kita yang berjaya! (^_^)

نحن دعاة وليس قضاة

* p/s : analogi guru disiplin & guru kaunselor di atas xd kaitan antara yang hidup mahupun yg mati

Wednesday, October 10, 2012

pernah tak korang...


hari ni mula kuliah kuliah bagi semester baru. biasanya time hari2 awal mula kuliah ni ramai yang bersemangat & berazam tinggi2 (^_^). biasanya dalam kalangan student2...

- ramai je yang buat jadual blaja. (contohnya : hari ni nak study subjek A & B, esok study subjek c & D etc. )....bagus2
- ramai jugak yang suka stay up malam2. kalau bangun tengah malam korang x nampak dia study memang pelik la...

- ada yang hampir 24 jam je menghadap buku...blaja sentiasa. memang super rajin ni
- ada jugak yg jenis suka buat nota ringkas subjek2 yang dipelajari...memang colourful habis nota2 tu

dari ZAMAN SEKOLAH MENENGAH sampai la ZAMAN UNIVERSITI, ni je la student2 yang saya SELALU nampak.




saya TAK PERNAH NAMPAK mana2 student yang...

- buat jadual untuk tadabbur BAGI memahami al-Quran
(contohnya : hari nak baca terjemahan /tafsir ayat x, esok ayat Y pulak dsb.)...al-Quran memang x kena study untuk faham ke?
- RELA bangun malam SEMATA-MATA untuk "study al-Quran"....al-Quran tak penting kn untuk difahami? buat apa nak stay up...

saya TAK PERNAH NAMPAK mana2 student yang...
- super rajin CUBA memahami al-Quran....mungkin sebab al-Quran bahasanya mudah nak difahami kut
- buat nota2 ringkas & lekat sticky notes bagi mana2 ayat al-Quran...tak penting ke al-Quran ni?

-------------------------------------

kita akan rasa PELIK kalau sape2 yang ada background medic, dentistry, engineering & etc. yang xd kaitan dengan bidang agama cakap tentang al-Quran...

- kenapa nak pelik? bukankah al-Quran diturunkan untuk SEMUA umat manusia? bukankah menjadi KEPERLUAN untuk SEMUA manusia memahami al-Quran?
- Allah turunkan apa sebagai PANDUAN HIDUP manusia? al-Quran kn? adakah Allah turunkan buku biochemistry, physics, economics dsb. sebagai panduan hidup kita???

bukankah kita SEPATUTNYA PELIK kalau...

- ada golongan profesional tak boleh bercakap soal agama & al-Quran? kenapa MENGANAK TIRIKAN al-Quran berbanding bidang yang diceburi??

--------------------------------------

- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan ustaz2
- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan penceramah2
- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan pendakwah bebas

SESUNGGUHNYA
al-Quran diturunkan untuk SEMUA MANUSIA

- amat rugilah kalau kita boleh berjaya dalam pelajaran SEDANGKAN kita gagal dalam memahami al-Quran
-amat rugilah kalau kita boleh berjaya dalam kerjaya SEDANGKAN hidup kita tidak berlandaskan al- Quran
- amat rugilah kalau kita boleh bercakap tentang macam2 perkara SEDANGKAN kita gagal untuk relate walau satu pun ayat al-Quran dalam hidup kita

* semoga kita sentiasa berusaha menjadi GENERASI AL-QURAN (^_^)


Monday, September 10, 2012

let's become a revivalist!


change something before you can't change anything


but





cara-cara nak ubah masyarakat ialah...


- ramai orang fikir dengan banyak membaca masyarakat akan berubah,
- ramai orang fikir dengan banyak menulis masyarakat akan berubah,
- ramai orang fikir dengan banyak memberi talk masyarakat akan berubah




tapi,

- ramai yang terlupa bahawa kita sebenarnya mahu membina manusia, bukannya robot
- ramai yang terlupa bahawa kita sebenarnya mahu menyentuh hati manusia, bukannya akal semata-mata
- ramai yang terlupa adakah SEMUA kelompok masyarakat membaca & mendengar apa yang ditulis, dicanang & diperdebatkan?

masyarakat kita terdiri daripada banyak kelompok. ada golongan intelektual, biasa2 & golongan yg tidak tentu hala

- rasanya kita perlu lebih banyak turun padang,
- rasanya kita perlu lebih banyak berfikir sebelum bertidak rambang

------------------------------------------------------------------

JANGANLAH fikir title YB itu membawa maksud Yang Berhormat & Yang Bersuara,
YB tu sebenarnya adalah Yang Berkhidmat & Yang Bekerja

-------------------------------------------------------------------

kita perlu membina masyarakat yang berfikir bersama kita,
bukannya SEKADAR membina masyarakat yang HANYA TAHU mengiktiraf kita sebagai pemikir





* p/s : tambahan dari seorang pak cik, YB juga membawa maksud Yang Berdakwah (^_^)

benci DIRI SENDIRI dulu la...


- bila kita tengok orang lain lepak2 & buang masa, kita rasa tak selesa & tak suka
- bila kita tengok orang lain buat maksiat, kita melenting & rasa benci kt orang tu
- bila kita tengok orang lain seronok2 time kita tengah susah, kita rasa macam nak pukul je orang tu...kita fikir dia ni mesti tak faham diri kita







tapi...








- bila diri kita buang masa, kenapa kita masih boleh rasa selesa & tak benci dengan diri sendiri?
- bila diri kita buat maksiat, kenapa kita tak melenting & benci dengan diri sendiri??
- bila diri kita seronok main game ketika mana orang lain tengah bermandi darah melawan musuh Islam, kenapa kita tak benci dengan diri sendiri???

---> kita SELALU benci kt orang, kenapa kita TAK PERNAH bencikan diri sendiri????? ]





- tegakkan Islam dalam diri kita dulu, barulah Islam akan tertegak di muka bumi Allah -


* p/s : tambahan dari seorang insan, "kenapa kita tidak marah dan benci bila yang melakukan itu adalah abang, kakak, adik, ibu dan ayah kita...mereka sepatutnya orang yang kita kasihi dan hendak kita lindung, betul kan?"

peliharalah DIRImu dan AHLI KELUARGAmu

sama ada baik ATAUPUN buruk. Confirm!!!


Kita ada 24 jam dalam sehari. dalam kehidupan seharian, kita TIDAK TERLEPAS daripada melakukan salah satu daripada 2 perkara; iaitu perkara baik ataupun perkara buruk.




Kalaulah setiap hari yang dilalui kita fikir kita tidak melakukan perkara2 yang baik...PERCAYALAH, kita sebenarnya telah/sedang mengisi hari2 kita dengan perkara2 yang buruk & tidak bermanfaat. pengakhiran kita sama ada syurga ataupun neraka. so,pilihlah! (>_<)

Allah ada kt masjid je ke?


[ teringat kenangan di IPTA... ]


time Ramadhan ni, seronok sangat bila pergi masjid waktu terawih. ye la...

- sejuk mata bila tengok semua perempuan pakai pakaian yg menutup aurat...rasa tenang je hati ni (^_^)
- yang lelaki pun boleh tahan jugak...pakaian semuanya smart2...handsome2 je semua (^_^)

tapi, bila dah balik dari masjid....rasa macam pelik sangat bila

- nampak ada perempuan yg bila balik je dari masjid....tudung tiba2 je dah hilang (rasa2 kena angin dah tiup kut). ada jugak yg tiba2 je pakaiannya jadi ketat2
- lihat ada lelaki2 yg sebelumnya berjubah, berbaju melayu & pakai lawa2....bila balik je (bilik) tiba2 tinggal seluar pendek je (habis aurat terbuka)

- knape jadi camni ye? Allah tu ada kt masjid je ke?






Monday, July 9, 2012

yang penting, penghujungnya baik kan?


contohilah Fernando Torres,

- diejek kerana pretasi merudum,
- dikutuk kerana permainannya yang tak best,
- dilabel "pemanas bangku simpanan"

namun, dia still main jugak. hasilnya?

- membantu Chelsea menang Champions League (menjaringkan gol last minute time lawan Barcelona walaupun sebelum tu performance tak baik)

terkini...

- membantu Sepanyol menang Euro 2012
> baru je diturunkan, terus jaringkan gol
> siap assist Mata score gol lagi satu pulak tu
> lagi best, mendapat anugerah Kasut Emas Euro 2012

------------------------------------------------------

sekalipun kita sekarang lemah/teruk berbanding orang lain, adakah semestinya hidup kita akan berakhir macam tu jugak?

berubahlah. yang penting, penghujung hidup kita adalah husnul khotimah (^_^)


Friday, June 22, 2012

duit oh duit


nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak membaca,
nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak mengembara,
nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak bercampur dengan manusia

membaca, mengembara & bercampur dengan manusia....
adakah pelaburannya percuma?

----------------------------------------------------


untuk menjadi orang biasa pelaburannya memang murah,
untuk menjadi lebih baik daripada orang biasa pelaburannya???

* things to think (>_<)
* maka beruntunglah orang-orang yang berduit (>_<)

kita ni macam bola kan?


kita ni ibarat bola...



1) bola dicipta supaya manusia boleh bermain & beriadhah dengannya, sekali gus....kehadirannya menyebabkan manusia itu menjadi sihat & mendapat manfaat dengan bermain dengannya. Itulah kita. Kehadiran kita bukanlah tanpa tujuan yang jelas. tetapi sebenarnya adalah untuk memberi manfaat kepada manusia lain.

2) bola fitrahnya untuk disepak, ditendang & diterajang. namun sebenarnya, kewujudannya memberikan kebahagiaan kepada manusia. Itulah kita. Dalam mengajak orang ke arah kebaikan, biarlah kita disepak, ditendang & diterajang. Bukankah itu sunnatullah perjuangan? Biarlah itu semua, asalkan kita mampu memberikan kebahagian hakiki di syurga nanti

3) bola bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia setempat, malahan sebenarnya memberi manfaat kepada manusia secara global. Itulah kita. Kehadiran kita sepatutnya memberi manfaat kepada manusia seluruhnya.

4) setingga mana pun bola itu berada, ia akan turun ke tanah jua. Itulah kita. Setinggi mana pun kita diangkat, kita akan rebah ke muka bumi juga akhirnya.

5) bola itu warnanya pelbagai. warnanya berubah mengikut cita rasa setempat. Itulah kita. Warna itu ibarat teknik menyampaikan kebaikan. (warna) teknik kita menyampaikan kebaikan tidak statik. kita fleksibel untuk menyampaikan kebaikan menggunakan teknik yang berbeza-beza. tujuannya? supaya manusia selesa & menerima kehadiran kita dalam hidup mereka

'Ibrah dari sebiji bola sebenarnya cukup banyak. Cara mendapatkannya? BERFIKIR. itulah jawapannya.

(^_^)

Wednesday, June 13, 2012

Nikmat = Amanah


mungkin ramai yang tak sedar bahawa besarnya sesuatu NIKMAT tu, sebenarnya membawa bersama AMANAH yang besar. sebab tu la...

- ada orang guna duit tajaan banyaknya untuk melancong & membeli gajet2 baru je....sedangkan macam2 benda lagi boleh buat dengan duit tu. tapi, kalau perbuatan tu disertai bersama niat & matlamat yang jelas..xp la
- ada lelaki2 & orang2 yang seronok kalau dapat banyak duit & harta dalam kes pembahagian harta pusaka....diorang tak sedar kut yang duit/harta tu sebenarnya bukan untuk dorang semata-mata....duit tu datang bersama tanggungjawab yang sangat berat

ada juga yang...

- berlagak & sombong sebab rasa macam dia lebih pandai dari orang lain...sedangkan dia tak tahu yg Allah bukannnya saje-saje je bagi dia pandai. ada orang yang memerlukan tunjuk ajar & perhatian darinya sebenarnya
- rasa best & seronok habiskan masa kosongnya dengan tidur & buat benda2 yg tak berfaedah....padahal Islam dah banyak kali pesan tentang masa...bila dah nak mati nanti baru la nak sedar kepentingan masa & baru la nak sedar yang sebenarnya banyak lagi tanggungjawab yang tak settle & kena buat time2 free tu






" Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui " (2:216)


bila baca maksud ayat ni, tak risau ke dengan nikmat2 yang ada?(>_<)

* pelaburan itu bukannya untuk dunia je, ingat la akhirat sekali
* mengapa perlu risau pandangan manusia kalau kita yakin bahawa pandangan Allah itu yang lebih utama?

Monday, June 4, 2012

...jangan join persatuan/NGO/mana-mana pertubuhan dakwah !!!


ramai yang nampak, kalau join persatuan/NGO/mana2 pertubuhan dakwah, seseorang tu kena rela KORBANKAN…
- masa study masing-masing & result exam

tapi, tak ramai yg nampak...kalau join persatuan/NGO/mana2 pertubuhan dakwah, perkara sebenar yang PERLU DIKORBANKAN & DIKURANGKAN adalah…

- waktu tidur (yang berlebihan)…asyik-asyik tidur je lepas subuh, kenapa tak guna time tu untuk belajar?
- waktu bermain game…tak salah main game. tapi, kalau setiap malam & hampir setiap hari boleh main game, tu dah lebih…
- waktu-waktu berseronok (tonton movie2 yg tak berfaedah, sembang2 kosong dll)…dah kau tu semakin sibuk, takkan la tak reti-reti bahagikan masa lagi?

* gunakan masa sebanyak 24 jam sebaiknya *
* hidup untuk memberi *

(^_^)



Sunday, June 3, 2012

aduhai suratkhabar...kenapa jadi macam ini?


teringat time kecil2 dulu...

- mak & ayah mesti suruh tukar channel lain kalau masa tengah2 tonton tv tu, tiba2 je ada iklan2/babak yg tak elok (macam babk perempuan seksi)
- selalu baca berita polis buat serbuan & rampasan barangan2 lucah...gambar2 & video2 lucah habis kena sapu oleh diorang
- ustaz selalu pesan yg penghafaz al-quran ni tak boleh tengok benda2 tak elok...cepat lupa hafalan nanti

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- mak ayah boleh ke elakkan anak2nya baca/tengok yg tak elok? suratkhabar percuma kt sekolah ada je gambar 18 SX...
- kenapa polis tak buat rampasan suratkhabar & Utusan hari ni (2/5/2012) & hari2 sebelum ni? tak cukup lucah ke?
- kesian kn dekat penghafaz al-quran? diorang nak baca suratkhabar untuk jadi huffaz yg celik...bila banyak benda2 tak elok ni, nak baca pun dah takde mood kn?


dan zaman sekolah dulu...

- suka sangat baca surat khabar...ye la, sebab nak tau result bola sepak team favourite masing2
- surat khabar ni dah jadi macam kewajipan buat budak2 yang masuk debat...nak dapat update isu2 semasa untuk modal perlawanan nanti
- ambil berita2 dalam suratkhabar untuk dibincangkan time usrah

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- banyak sangat benda yg macam tak boleh percaya...boleh jadi bukti time lawan debat nanti ke?
- asyik2 cerita tentang pergaduhan politik & benda2 lucah...bagus ke benda ni jadi topik perbualan & perbincangan ilmiah?

* sentiasa mengharapkan media yang lebih berilmiah *
* harapnya kita tidak menjadikan politik itu sebagai
KIBLAT/TUHAN *

(^_^)





kenapa aku takde kelebihan macam orang lain ????


bila kita lihat KELEBIHAN yang ada pada orang lain, kadang2 tu kita...

- FRUST...aku bengang betul la dengan dia ni. study malas, tapi boleh je pun score dalam exam...mentang2 la genius
- rasa DOWN...aku ni takde rupa, muka tak cantik...ntah2, sampai bila2 pun aku takkan kahwin
- rasa macam Allah ni tak adil je...kenapa Allah tak jadikan aku macam tu? kenapa??

sebenarnya...

tidak perlu bersedih sekiranya anda mempunyai kelebihan yang paling MINIMA berbanding orang lain...yg paling penting, gunakanlah kelebihan & kemampuan anda secara MAKSIMA

teorinya mudah :
- bayangkan anda mempunyai 5 kelebihan. tetapi, anda hanya menggunakan 2 kelebihan je sebaiknya. so, efficiency of usage hanyalah 2/5 (40%)
- bayangkan pula kalau anda hanya mempunyai 1 kelebihan je. namun, anda manfaatkan kelebihan tu sebaiknya...bukankah efficiency of usage adalah 1/1 (100%)? mana yang lebih baik?

* insyaAllah, setiap orang ada kelebihan masing2 (^_^)



cuba ambil pengajaran dari kata2 Hiruma Yoichi (antara watak utama dalam komik Eyeshield 21) :

" we don't have time to waste asking for things we don't have. we can only look for the best way to fight with the things we have "

(^_^)

Saturday, June 2, 2012

Selamat Hari Guru !!!


- hari ini, kita kagum dengan kepetahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berpidato
- hari ini juga, kita kagum dengan pemikiran & kelantangan Profesor Tariq Ramadan dalam memberikan pendapat
- tidak dinafikan juga, hari ini kita kagum dengan Dr. Yusuf al-Qaradawi kerana kemampuannya dalam mengeluarkan fatwa yang bersifat kontemporari

dan pada hari ini, kita bangga kerana..

- telah/bakal bergelar doktor pakar dengan bergaji lima angka
- telah/bakal bergelar arkitek yang bertanggungawab membina bangunan-bangunan pencakar langit
- telah/bakal bergelar ustaz/ustazah yang sering menjadi tempat rujuk soal2 agama

[ PERCAYALAH ]

di sebalik kejayaan kita & orang2 hebat di atas...SEMUANYA bermula dengan...

" GURU "

yang mengajar kita menulis, membaca & mengira

---------------------------------------------------------------------------

kepada semua pihak2 & guru2 yang mengajar saya dari kecil hinggalah sekarang...saya :

- meminta maaf atas segala kesalahan
- mohon supaya dihalalkan segala ilmu yang diberi
- harap agar dapat sentiasa mendoakan saya menggunakan ilmu2 yang diberikan ke arah kebaikan & diberkati Allah
- mengucapkan terima kasih atas segala ilmu & keringat yang dilaburkan

" SELAMAT HARI GURU !!! "

(^_^)


MAHU VS PERLU


orang yg hebat bukanlah orang yang bercakap semata-mata kerana dia MAHU bercakap,
tetapi orang yg hebat adalah orang yg hanya bercakap apabila dia PERLU bercakap.

orang yg hebat bukanlah orang yang menulis semata-mata kerana dia MAHU menulis,
tetapi orang yg hebat adalah orang yg hanya hanya menulis apabila dia PERLU menulis.

[ MAHU vs PERLU ]

dua perkataan yg memerlukan perhatian yg sewajarnya. bezakan keduanya.

-----------------------------------------------------------------------

berdebat merupakan salah satu cara berkongsi & membina idea,
bukannya satu-satunya cara yang ada

------------------------------------------------------------------------

perkara yg lebih utama adalah...

kita perlu membina masyarakat yang berfikir bersama kita, bukannya membina masyarakat yang hanya tahu mengiktiraf kita sebagai pemikir


Friday, April 13, 2012

Happy birthday to you !!! (^_^)


[PART 1]

kalau ikut norma manusia biasa, biasanya time birthday day; kita mengharap rasa...

- HAPPY; sebab ramai orang akan wish selamat hari lahir
- yg sangat EXCITED; sebab orang akan sambut birthday kita ramai2 dengan kawan2 lain
- BEST...ye la, kut2 la ada orang yang nak bg hadiah

tak salah kalau kita ada perasaan camtu...normal je sebenarnya. tapi, kalau kita mengharap rasa...

- SEDIH sebab daru dulu sampai sekarang...kita still macam dulu je; macam takde je sumbangan kepada agama, bangsa & negara
- KECEWA sebab masalah semakin banyak dalam masyarakat sekarang...tapi, apa yg kita dah buat ?
- TAKUT sebab rumah semakin kata "pergi", kubur semakin kata "mari"

macam lagi baik je...betul tak? (^_^)




[PART 2]


SELAMAT HARI LAHIR!

cumanya, sebagai peringatan bersama...

Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Constantinople semasa berumur 21 tahun,
Tan Sri Mokhtar al-Bukhary mula business jual beli lembu & kerbau pada usia 19 tahun,
Sulaiman al-Qanuni pula sudah menjadi gabenor Istanbul seawal usia 17 tahun,
manakala Warren Buffet mula melabur dalam perniagaan ketika usianya 15 tahun

tapi,

pada usia kita sekarang...ape yang kita dah buat? ape yang kita dah capai?

SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT

(^_^)




[PART 3]


time hari lahir ni...kena la ingat :

-umur dah semakin MENINGKAT,
-kubur & mati pun dah semakin DEKAT,
-so, jangan la tinggalkan SOLAT,
-dan banyak-banyakkanlah IBADAT,
-insyaAllah hidup akan lebih BERKAT,
-dan Allah akan kurniakan RAHMAT!

(^_^)




[PART 4]


[ H.R Bukhari & Muslim ]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil,
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah),
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan solat jamaah di dalamnya),
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah,
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah,
6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 1712

--------------------------------------------------------------

semoga kita sekurang-kurangnya menjadi golongan keempat (dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah) & mendapat naugan-Nya di akhirat nanti

SELAMAT HARI LAHIR!!! (^_^)







[PART 5]


during our friend's birthday day, perhaps...

we can't be a friend who give him/her priceless gift,
we can't be a friend who make glorious party just for him/her,
we can't be a friend who wish him/her with beautiful words of nothing

but,

we can be a friend who make him/her remember of the Creator of this world even though just for a short moment. InsyaAllah, it'll be the best thing for him/her today until the hereafter

HAPPY BIRTHDAY!!! (^_^)



Thursday, April 12, 2012

KAME HAME HA !!!


bagi sape2 yg pernah tengok Dragon Ball time kecik2 dulu, sedar tak yg sebenarnya...banyak benda yg kita boleh belajar dengan Son Goku (watak utama cerita ni). contohnya, sebagai orang yg nak tegakkan kebenaran...

- kita kena la ada hati yg suci & bersih...sebab tu la Goku boleh naik Awan Guling; org2 yg tak ikhlas & hatinya kotor...mane boleh naik awan ni
- kita kena sentiasa tolong orang. macam Goku, dari kecil sampai la besar...even dah mati pun still nak tolong orang & selamatkan dunia...tak hairan la kenapa kalau dia mati, orang akan guna Dragon Ball untuk hidupkannya balik...sampai camtu sekali orang percaya dengan dia untuk selamatkan dunia

plus,

- kita tak boleh berputus asa. sebab tu la Goku boleh tukar jadi Super Saiya...disebabkan usaha & latihannya yg bersungguh-sungguh, akhirnya dia dikurniakan kuasa yg hebat
- jangan la buat kerja sorang2. kita mesti kena ada kawan...Pikor, Bezita & Kurin...ni la antara org2 yg tolong Goku lawan musuh
- dalam berjuang, kita kena la ada pewaris...that's why Goku train anak2 dia jadi hebat jugak. lagi hebat, cucu sekali pun Goku latih jadi pejuang

fikir2 balik, kenapa kita tak cuba jadi macam (Super Saiya) Son Goku ? (^_^)

* " the way you look at something TODAY probably determine who you're going to be TOMORROW "
* let's become parts of ULUL ALBAB generation (^_^)



Saturday, March 17, 2012

kita lebih teruk daripada BABI?


kalaulah kita hanya sekadar tidur & makan je dalam kehidupan seharian, bukankah kita lebih teruk daripada BABI?


cuba tengok gambar ni...


jom kita muhasabah skit. sekali imbas...nampak mcm teruk je kan makhluk Allah ni. tapi, pernah tak kita terfikir, makhluk yang kita pandang teruk ni...walaupun haram utk umat islam, macam2 sumbangannya kepada manusia . so, sebagai manusia yang kita dakwa sebagai makhluk terbaik, kalau kita tak menyumbang apa2 untuk orang lain...agak2nyalah, kt mana kedudukan kita sebenarnya?
kita atau babi yg lebih teruk?

*tepuk dada, tanya iman* (^_^)

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai " (al-a'raf : 179)

SALAH ke kalau berkawan dengan orang jahat???


selalu tak kita dengar..mak, ayah, cikgu & ramai lagi orang cakap….
“ kalau nak berkawan, cari orang2 yang baik je…jangan berkawan dengan orang2 jahat “

tapi, selalu jugak terfikir…
“ kalau berkawan dengan orang2 yang baik je, kesian la kt orang2 jahat…takkan la nak biarkan diorang terus dengan perangai jahat camtu? tapi, kalau aku berkawan dengan diorang…nanti aku pun jadi jahat sekali. So, camne nak buat ni??? “


lepas dengar jawapan ustaz, baru aku faham…
“ kalau ada orang jahat, kamu cubalah berkawan dengan dia...nanti kamu boleh bimbing dia jadi orang baik. Tapi, masa berkawan dengan dia tu…kamu rasa macam tak sedap hati je, rasa macam akan jadi jahat macam dia je…kamu kena la lari/jauhi daripada dia. Tujuan kita buat camni, bukanlah sebab kita nak lari daripada masalah…tapi sebagai cara kita nak kumpulkan kekuatan baru. Bila kamu rasa kamu macam lebih kuat berbanding dulu…kamu dekati & berkawan la dengan dia balik…insya-Allah, kamu akan berjaya jadikan dia orang yang baik “

---SIRAH---


masa orang2 Mekah dalam keadaan jahil, Rasulullah berdakwah & try ubah diorang jadi baik. tapi, bila keadaan Rasulullah semakin bahaya…Rasulullah terus hijrah ke Madinah. apabila umat Islam dah cukup kuat, baru la Rasulullah pergi balik ke Mekah & berlakulah peristiwa pembukaan kota Mekah (فتح المكة)...

so,

kita buat la macam apa yang Rasulullah dah buat. try la dulu ubah orang jahat tu jadi baik. Lama-lama tu, kalau rasa macam akan terpengaruh & bahaya buat diri….baru la lari dari diorang dengan niat untuk kumpul kekuatan supaya nanti, kita dah cukup teguh untuk ubah dia jadi baik
[boleh rujuk buku Fiqh Awlawiyat (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi) berserta penerangan dari ustaz2]


* tak seronok la kalau kita sorang2 je baik…best kan kalau orang2 lain pun baik macam kita jugak? *

(^_^)

ADAT VS IBADAT


sesetengah budaya masyarakat kita...

- bila timbul je masalah, mula la tuduh orang...tuduh sana, tuduh sini. salah diri sendiri tak nampak pulak...
- belanja kahwin punya la mahal...macam jual anak pulak. nak menikah ke...nak menunjuk? kalau bersederhana kan ke lebih baik...
- suka sangat tidur lepas subuh...bukan ke banyak benda kita boleh buat lepas solat subuh?

harapnya....

" kita tidak membudayakan ADAT yang bukannya IBADAT"

(^_^)


Wednesday, February 22, 2012

!!! أيها الشباب, توجهوا إلى الأمام


يمكن أن نقول, أن الشباب عمرهم إثني عشر سنة إلى واحدة وعشرين سنة. كثير من القصص بنجاح الإسلام بدأ بزمان آدم إلى هذا اليوم الذي يتورط الشباب فيه. على السبيل المثال, قصة فتح القسطنطينية ( سلطان محمد الفاتح ) وقصة بلال بن رباح إلى آخر كما عرفنا القول المشهور
" والمعروف, " إنّ الشباب عماد الوطن وعماد الدين ".

كما قرأنا من الًحف أو المجلالت, وشاهدنا في التلفزيون, وسمعنا من المذياع, وشاهدنا بأعيننا كل يوم, المشاكل الإجتماعية خطيرة خاصة يشارك الشباب فيها. إذا كنّا نرجع لحظة إلى الشبابنا اليوم, الذين يصيبون بالتسكع في محلّات التجاريّة, والغياب عن المدرسة, ودمن المخدّرات, ووقوع في الفاحشة بما نعرف ب"بوهسيا", وتاثّر بااثّقافات الغربيّة السّلبيّة. ومن الأسف الشّديد, كانوا معظمهم من الشّباب المسلمين .
!!! تعال يا شباب ! قوموا !! قوموا من حلومكم

: أريد أن أذكركم بعودتكم إلى فطرتكم, ألا وهي " الشّباب عماد المطن " وميزاتها منها

أولا : إجتنبوا أنفسكم من المعاصي والخطايا والزّناء, والخصومات, وهلمّ جرّا. كلّ من هذه أومور تؤدّي إلى تأخيركم لسلك النّجاح. لا تعجلوا ! إنّ العجلة من سمات الشّياطين.

ثانيا : لا بدّ على الشّباب, أن تتعلّموا بجدّ واجتهاد كي تكونوا من العلماء الماهرين في كلّ نواح الحياة لبناء الوطن بعلومكم لأنّ " فاقد الشّيء, لا يعطي ".

ثالثا : وجدير بالذّكر يا شباب, تعمّلوا بعلومكم وما أمر الله لكم. قال الحكماء, " العلم بلا عمل كالشّجر بلا ثمر ". نفهم من هذا القول, إن
كنتم لم تعملوا بالعلوم التي قد درستم ها, فتكونون من الخاسرين في الدّنيا والآخرة .

رابعا : لا شكّ ولا ريب, على الشّباب أن تقوّيوا أجسامكم. قول مشهور بيننا, " العقل السّليم في الجسم السّليم ". من سياق مجال جهّادنا اليوم, عليكم أن تكونوا من الأقوياء الأصحّاء.

" !!! وخلاصة القول, أرجو إهتمامكم لكلّ النّصائح التي قد طرحتها. إنتبهوا, " إن الشّباب عماد الدّين وعملد الوطن


قال الحاكم في مستدركه 7927 - أَخْبَرَنِي الْحَسَنُ بْنُ حَلِيمٍ الْمَرْوَزِيُّ ، أَنْبَأَ أَبُو الْمُوَجَّهِ ، أَنْبَأَ عَبْدَانُ ، أَنْبَأَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي هِنْدٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ وَهُوَ يَعِظُهُ: " اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هِرَمِكَ ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ "

Nabi & Rasul : Oh, macam tu ke?


kalau dulu sy belajar...

- nabi : menerima wahyu hanya untuk dirinya sendiri & tak wajib untuk disampaikan kepada manusia lain
- rasul : menerima wahyu untuk diri sendiri & wajib disampaikan kepada orang lain

namun,

pensyarah kata...pendapat tu memang MASYHUR, tapi salah

yang sebetulnya...

- nabi : menerima & menyampaikan wahyu kepada manusia lain (cumanya, wahyu yang disampaikan adalah berdasarkan syariat rasul yang terdahulu)
- rasul : menerima & menyampaikan wahyu kepada manusia lain (cumanya, setiap rasul membawa syariat baru)

contoh...

- nabi Musa membawa syariat berdasarkan kitab Taurat. so, nabi2 selepasnya semuanya membawa syariat berdasarkan kitab Taurat. apabila nabi Isa datang bersama kitab Injil, syariat baru digunakan (berdasarkan kitab Injil)


Question & Answer (Q&A) sy dengan pensyarah...


Q : adakah semua rasul menerima kitab?
A : wallahua'lam. boleh jadi semua rasul menerima kitab & boleh jadi tidak semua rasul menerima kitab

Q : bukankah hanya ada 4 sahaja kitab (Injil, Taurat, Zabur & al-Quran) ?

A : keempat-empat tu adalah kitab yang masyhur sahaja. boleh jadi ada lagi baki2 kitab yang tidak kita ketahui. wallhua'lam

Q : apa beza kitab & suhuf?

A : lebih kurang sama je. tak perlu tahu pun perbahasan mengenainya sebab ianya tak penting

Q : sekiranya seseorang rasul membawa syariat baru, adakah syariat rasul sebelumnya semuanya terhapus?

A : tidak. ada sebahagian yang terhapus & ada sebahagian yang masih boleh digunakan

* konklusinya, yang sy faham....setiap rasul membawa syariat baru & syariat ini berdasarkan kitab/suhuf yang diterima. ada syariat yang baru ni menyamai syariat sebelumnya & ada yang tidak.
* JAUH berjalan, LUAS pandangan (^_^)

Tuesday, February 21, 2012

Land of Prophets

in Egypt...


- i think Firaun is GREAT...he managed to order people to build unexpectable building (pyramid)
- the same feeling goes to Salahuddin Al-Ayyubi...he made us surprise with his fortress
- in my opinion, perhaps Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi id GREATER...as he is now the worldwide leader of ulama' (thinkers)


but,

after having deep in thought...i finally realise that Firaun, Salahuddin Al-Ayyubi & Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi are only SLAVES of the GREATEST one....ALLAH S.W.T.

so,

for whom you actually need to be proud of?

* proud to be Muslim...(^_^)


"... Verily! In the creation of the heavens and the earth, and in the alternation of night and day, there are indeed signs for men of understanding..."

"...Those who remember Allah (always, and in prayers) standing, sitting, and lying down on their sides, and think deeply about the creation of the heavens and the earth, (saying): "Our Lord! You have not created (all) this without purpose, glory to You! (Exalted are You above all that they associate with You as partners). Give us salvation from the torment of the Fire..."

(surah ali-imran : 190-191)

SCIENCES VS ARTS


bila orang tnya...ambil kos apa kt universiti?

-kadang2, kita MALU nak jawab soalan tu...ye la, sebab kita rasa kos yg kita ambk tu biasa2 je, orang nak bagi sponsor pun fikir 2-3 kali (ATAU)
-kadang2, kita BANGGA sangat2 nak jawab soalan tu...sebabnya, kos yang kita ambil ni nmpk exclusive, ingat calang2 orang ke boleh ambil? tak tentu tau...


[[SEBENARNYA]]

"...Either SCIENCE or ARTS (ECONOMY) or DEEN (دينية), it is a SMALL matter what course are you going to take...but, it is really a BIG matter if you don't know how to contribute to YOUR community, yourself, your country especially your RELIGION with the course that you decide to take..."

FREEDOM FOR PALESTINE & SYRIA! LET'S STRIVE!!


-mungkin anda masih SERONOK apabila Manchester United berjaya melakukan comeback untuk seri dengan Chelsea 3-3 [ATAU]
-mungkin anda masih EXCITED apabila SPR mengumumkan kemunkinan besar PRU 13 akan berlangsung dalam jangka masa terdekat [ATAU]
-mungkin anda masih GEMBIRA apabila Samsung mengumumkan untuk memperkenalkan televisyen (TV) pada harga yang lebih murah

tapi,

mungkin anda perlu BERSEDIH dengan situasi masyarakat Palestin & Syria sekarang. SESIBUK mane pun kita, rasanya TIDAK MUSTAHIL bahawa kita masih sempat untuk berdoa supaya Dia..

-memenangkan yang hak & mengalahkan yang batil
-meletakkan ummah pada posisi sebenarnya


"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..."
(Surah al-Ghafir, ayat 60)
(^_^)

Friday, February 17, 2012

AKU???


-kenapa remaja sekarang banyak sangat masalah sosial?
-kenapa umat islam semkin ditindas?
-kenapa kes murtad macam tak boleh dibendung?
-kenapa muda-mudi sekarang mudah sangat2 hanyut?

mungkin kita seorang yang BAIK kalau kita boleh jawab...

-ni salah KITA, ambil enteng je tentang benda ni
-ni salah KITA, selalu fikir hal sendiri je...hal orang lain tak nak fikir pun
-ni salah KITA, masalh umat buat tak tau je

tapi, kalau tukar jawapn2 ni kepada..

-ni salah AKU, ambil enteng je tentang benda ni
-ni salah AKU, selalu fikir hal sendiri je...hal orang lain tak nak fikir pun
-ni salah AKU, masalh umat buat tak tau je

bukankah itu LEBIH BAIK?


إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib satu kaum sehingga mereka sendiri merubahnya.” [QS. ar-Ra'd (13) : 11]
*tepuk dada, tnya iman...(^_^)

ROMANCE OF ACCOUNTING


:::Ukhuwah si pelajar perakaunan :::

Aku akan meng-CREDIT sayangku padamu sahabat, bila kamu men-DEBIT untukku sayangmu. Aku akan mencatat kisah ukhuwah kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEJER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT sayangku padamu sahabat, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari sayangku padamu sahabat.

Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHE...ET. Kadang perlu kita lakukan ADJUSTING ENTRIES untuk menjaga rasa sayang kita tetap kukuh sahabat. TRIAL BALANCE memperlihatkan bahwa kita serius satu sama lain, sebab Total dari rasa sayang kita ternyata satu dan sama.

Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk berjuang. PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama-2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita

*apabila kita mmpu kaitkn ilmu kita dgn prsekitarn n mnterjemahkn ke dlm khidupn, insyaAllah kita sdh setapak utk mnjadi generasi Ulul Albab - generasi yang sentiasa berfikir (^_^) *

"...Do you not see that Allah sent down water from the sky, then made it flow on earth as springs and streams and rivers and then with it He brings forth vegetation of various hues; then this vegetation ripens and dries up, turning yellow, whereafter He reduces it to broken straw? Surely there is a lesson in this for those endowed with understanding..." (39:21)

Sebenarnya, yang paling penting...


kalau dulu kita bangga Manchester United (MU) MENANG BESAR 8-2 lawan Arsenal ,
tiba2 je kena BANTAI BESAR jugak dengan Manchester City (MC) 1-6,
bila jumpa sekali lagi dalam Piala FA...menang pulak MU vs MC ni 3-2...satu kemenangan moral yg BESAR

kalau dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mungkin dilihat MALU BESAR selepas disabitkn bersalah dengn kes liwat tahun 1998,
tapi pada tahun 2012 ni pulak, DSAI dilihat MENANG BESAR lepas bebas daripada dakwaan isu liwat II....


* hidup ni memang mcm roda...kejap kat atas, kejap kat bawah...pastu kat atas balik
* bukan persoalan utama siapa yang menang/kalah hari ni, tapi yang menjadi persoalan....apa IKTIBAR TERBESAR yang dah kita ambil daripd peristiwa2 ni?

# cogratulations to MU & DSAI for the latest victory... (^_^)

rupa-rupanya...


aku ada berkawan dengan seorang mamat ni, perangainya teruk la jugak. bukan setakat solat, benda2 lain pun dia ambk ringan. aku...

-dah banyak kali nasihat dia...sampai boring pulak nasihat benda yang sama je
-dah guna macam2 cara utk nasihat mamat ni...cakap face to face, hantar message dll lg. tapi, dia tetap tak berubah
-try apply idea kawan2 pulak. tapi, mcm biasa la...mamat tu macam dulu jugak, makin lagi teruk pulak aku tengok

aku betul2 frust. naik fed up aku dibuatnya. aku rasa macam aku BAIK la sbb dah usaha sedaya upaya nk tegur kwn aku yg sorang ni. aku rasa dia ni dah TERUK sgt n mmg tak dpt nak diselamtkan lagi...

tapi, bila kawan aku yang lagi soranng ni cakap...

"...mamat tu tak berubah sebab nasihat kau tu TAKDE nilai...mungkin sebab KAU ni BANYAK buat MAKSIAT...Allah TAK NAK bagi HIDAYAH kat dia melalui nasihat2 KAU kut.."

terkedu aku. ayatnya ringkas je, tapi maksudny betul2 mendalam...sape yg TERUK sbnrny?


FACEBOOKISME


MUNGKIN ada sesorang tu SUKA kalau statusny & apa2 yg dia post...


- ada BERATUS-RATUS orang LIKE.... [atau]
- ada BERPULUH-PULUH orang bagi COMMENT... [atau]
- BERBELAS-BELAS orang SHARE...

so, orang tu pun RAJIN la update statusnya...

ada jugak orang yang SUKA kalau...
- angka FRIENDS yg dia ada mencecah RIBUAN orang... [atau]
- setiap kali bukak fb, bahagian NOTIFICATIONS tu mesti tunjuk angka PULUHAN punya...

tapi,

kalau JUTAAN saat yang dia spend dpn FACEBOOK (dari bangun tido, sampai la waktu nak tido balik malam tu..ni la aktiviti hariannya)...tapi, TIADA SATU pun yang BERMANFAAT...adakah

-Allah akan pandang SEMUA (status/post/comment/notifications dll) tu?
-dia tak tahu yang benda2 ni bersifat sementara je...tak rasa macam buang masa ke? SIA-SIA??

so, camne nk buat?

tepuk dada, tnya iman...." aku SPEND masa selama ni depan facebook sebenarnya sebab APA???"

* tiba2 tringat hadis pertama dlm matan arba'in (Hadis 40)...
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم في صحيحهما
(^_^)