Saturday, February 2, 2013

siapa yang lebih banyak makan garam?


apabila kita mendengar kata-kata yg berbunyi...

"dengar la cakap orang lama...mereka dah makan garam lebih banyak daripada kamu"

biasanya orang akan terus fikir...

"kita ni kena la dengar cakap orang lama...diorang kan lebih banyak berpengalaman daripada kita". normally orang akan faham, makan garam = lebih banyak pengalaman

namun, kalau bacaan dibuat dari sudut yg lain...

"padan la diorang ni banyak penyakit, ni mesti kes banyak sangat makan garam. nama pun orang lama, nak nasihat pun susah...orang nasihat bukannya nak dengar pun". di sini, orang faham yg makan garam = banyak penyakit

---------------------------------------------

kalaulah kita justifikasi orang yg paling hebat, paling layak & paling benar adalah orang yg paling lama (kerana mereka lebih banyak pengalaman)...bukankah kita secara tidak langsung berfikiran bahawa semua pemimpin dunia & pemimpin mana2 organisasi perlulah orang yg paling tua? merekalah orang yg paling banyak makan garam/berpengalaman kn?

macam tak adil je...betul tak?

so, nilailah sesuatu itu secara menyeluruh, bukannya sekadar memandang satu aspek semata-mata (^_^)

(orang) yg muda disayangi, (orang) yg tua dihormati


*p/s : bukanlah mahu menafikan peranan orang lama...cuma skdr berpendapat bahawa ruangan perbincangan sentiasa terbuka luas
orang lama tidak semestinya sentiasa paling betul...bukankah mereka juga manusia yg tidak lari drpd melakukan kesilapan? (^_^)

No comments:

Post a Comment