Tuesday, February 19, 2013

jangan lupa undi saya ! (^_^)


jangan setakat fikir berapa banyak program yang kita MAHU jalankan,
fikirkan juga, berapa banyak program sebenarnya yang kita MAMPU laksanakan?

jangan berbangga sangat dengan bilangan program yang telah kita KENDALIKAN,
fikirkan juga adakah itu sebenarnya yang masyarakat PERLUKAN?

jangan rasa seronok sangat dengan kemahsyuran JAWATAN,
fikirkan juga, bukankah itu amanah yang akan Allah PERSOALKAN?





"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al-Ahzab: 72)

(^_^)

No comments:

Post a Comment