Wednesday, February 6, 2013

politik oh politik (>_<)


[zaman kanak-kanak]

“Adik, bila dah besar nanti..adik nak jadi apa?” Ada yang jawab nak jadi

1) Doktor
2) Jurutera
3) Pensyarah
4) Businessman
5) Guru
…dan sebagainya. jawapan yg famous sekali mestilah doktor.(sebab katanya nak tolong orang sakit)

-----------------------

[zaman sekolah menengah]

Soalan exam (Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan al-Qur’an Sunah) :

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat bermasalah?

Jawapan standard :

1) Lemah iman
2) Kurang didikan agama
3) Pengaruh media massa
4) Pengaruh rakan sebaya
5) Kurangnya perhatian ibu bapa
…..dan sebagainya

-----------------------------------------------------

dari kecil lagi kita sudah nampak FAKTOR-FAKTOR yang mendorang kepada rosaknya mansyarakat

dari kecil lagi kita sudah nampak wasilah yang boleh digunakan untuk MENOLONG masyarakat

dari kecil lagi kita sudah nampak wasilah yang boleh digunakan untuk MENGUBAH masyarakat menjadi lebih baik

namun,

apabila masuk zaman universiti & alam pekerjaan, rata-rata masyarakat kelihatan fokus kepada satu isu je....."POLITIK"

kadang-kadang terfikir...

- bukankah lebih banyak lagi wasilah yg ada (yg perlu kita cakna)?
- adakah kemenangan dalam politik menjanjikan perubahan kepada masyarakat secara holistik (menyeluruh)?
- adakah politik adalah satu-satunya jalan yang ada?

janganlah sempitkan medan amal kita. tidak salah berpolitik & cakna dengan isu-isu politik....tapi, janganlah sampai ber"tuhan"kan benda ni

ingat la..

politik adalah ALAT, bukannya MATLAMAT!!


No comments:

Post a Comment