Monday, March 10, 2014

"orang lama"

orang baru kahwin biasanya akan...

1. tangkap gambar sama-sama & state, "bahagianya hidup berbaitul muslim" & post di facebook..

2. tangkap gambar berpegangan tangan & state, "indahnya cinta yang halal" & post...juga di facebook

3. tangkap gambar makanan, cincin, aiskrim dll & state, "untungnya dah ada orang rumah yang tolong masak" & post di intsagram..

tiba-tiba teringat pada pesanan umi...

"faris kalau dah kahwin nanti jangan lupa kt umi tau. orang lelaki ni biasanya camtu la...bila dah kahwin, dia selalu lupa emaknya di rumah"

-----------------

ringkas. tapi sangat mendalam maksudnya.

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia hidup berkeluarga baru; sampai kita terlupa "keluarga lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongi perasaan dengan orang baru; sampai kita terlupa perasaan "orang lama".

kadang-kadang tu...kita rasa bahagia berkongsi makanan, minuman, aiskrim & maaaacam-macam perkara dengan orang baru; sampai kita terlupa yang sebenarnya, "orang lama" lah yang paling banyak berkongsi segala benda dengan kita.

kadang-kadang tu...kita rasa gundah-gulana kalau tak call & dengar suara orang baru; cuba tanya diri sendiri..."bila hari terakhir aku call orang lama"?

kadang-kadang tu...kita rasa sedih nak gila apabila orang baru merajuk, & menangis kerana kesalahan kita. terlupakah kita siapa yang menjadi tempat meluahkan rasa, berkongsi tawa & segala macam perkara kalau bukan "orang lama"? sudah berapa banyak dosa kita dengan "orang lama"...pernahkah maaf dipinta?

------------------

entahlah. belum rasa perkahwinan itu bagaimana, tak berani nak kata. doanya, semoga aku sentiasa mengasihi & menyayangi "orang lama"; umi yang tercinta :)

رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
(Ya Allah) Tuhanku, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


No comments:

Post a Comment