Sunday, February 9, 2014

kejap la..


[Questions & Answers]

latar masa : sebelum solat subuh
Q : akhi, taknak qiamullail ke?
A : ala..awal lagi ni. sejuk kut kt bilik air tu..

latar masa : subuh
Q : wei, bila nak bangun solat subuh? dah lambat ni..
A : kejap2. lagi 5 minit aku bangun..

latar masa : selepas solat subuh
Q : bro, dah baca al-Qur'an belum?
A : rileks la..bagi aku tido kejap. lepas bangun tido nanti aku baca

latar masa : hari khamis
Q : eh, tak pose ke?
A : tak bangun sahur pulak hari ni. nanti2 je la aku pose..

latar masa : hari kuliah
Q : wei, bangun la..ko taknak gi kelas ke?
A : malas betul la...esok2 je la aku pergi

latar masa : waktu malam
Q : aku nampak korang ni asyik main game je..bila masanya korang nak study?
A : ala...baru awal sem kut. bagi la kitorang seronok2 dulu. malam periksa nanti kitorang study la..

latar masa : bila2 masa
Q : aku nampak korang ni macam selalu je enjoy..taknak start berdakwah ke?
A : kitorang dah tua nanti kitorang berdakwah la..bajet betul la mamat ni. ko ingat ko ni alim sangat ke?

-----------------------

kalaulah kematian itu boleh ditangguh-tangguhkan.... :)

No comments:

Post a Comment