Monday, January 28, 2013

hahaha! manusia-manusia pelik menjelang tahun baru (^_^)


seperti biasa setiap kali menjelang tahun baru, MESTI akan ada insan-insan yg berkelakuan pelik & melucukan. contohnya...

- akan ada insan yang merasakan dirinya adalah seorang yang hebat tahun tu kerana excel dalam akademik...sedangkan dia tak sedar yg dirinya tu HANYA TAHU baca buku-buku silibus universiti je. buku-buku lain? minta maaf la...

- akan ada insan yang berasa sangat seronok apabila dia lihat tahun tu, dirinya ada segala-galanya. isteri, family, kereta, pekerjaan dan macam-maaacam lagi.....sampai dia terlupa pada penderitaan golongan miskin, rakyat Palestin, Syria dan masyarakat dunia yg lain

- akan ada insan yang merasakan dirinya insan yg paling bertuah pada tahun tersebut kerana hidupnya dalam keadaan yang aman & sentosa, takde peperangan. pendek kata, semua ok la. opps...semua tu selama-lamanya kekal ke?

- akan ada insan yang seronok apabila memikirkan dirinya sudah menjadi semakin matang, seiring dengan pertambahan umur...konon-kononnya makin dekat la dengan gerbang perkahwinan. dia terlupa ke yang pertambahan umur juga memberi maksud diriniya tu dah semakin dekat dengan kematian??

-----------------------------------

hidup untuk mencari kebahagian diri sendiri memang la senang. cuba la fikir tentang nasib & keadaan orang lain juga...

moga-moga saya tidak akan melihat lagi kelakuan pelik & melucukan pada tahun ini menjelang tahun baru 2013 pada esok hari (^_^)

---------------------------------

"orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati & sentiasa bersedia menghadapinya"

kenapa?

fikir-fikirkan.... (^_^)




* p/s : salam tahun baru. salam perubahan. moga kita menjadi ummah yg lebih baik dari sebelumnya

No comments:

Post a Comment