Friday, November 23, 2012

kenapa takut untuk tanya soalan?


semenjak dari zaman sekolah rendah sampai la zaman pra-universiti, bila diberi peluang untuk bertanya di hadapan ramai orang...

- ada orang yg malu-malu nak bangun....katanya, "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- ada juga yg segan-segan nak angkat tangan...katanya," aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kat sini"
- tak kurang juga ada yg cakap slow2 dengan kita (tapi dengan nada bersema
ngat & suara yg berapi-api)
..."aku rasa keadaan sepatutnya camni la". tapi, bila disuruh bangun untuk bagi pendapat...kesudahannya..."xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

RAMAI ORANG yg ada soalan2 yg bagus & idea-idea yg bernas sebenarnya. tapi, tak nak bersuara hanya dengan alasan...

- "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- "aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kt sini"
- "xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

bila fikir-fikir balik...

- kalau ada perempuan-perempuan tengok korang time korang tanya soalan/bagi pendapat....so what? ada masalah ke?
- korang ingat diorang akan terpikat dengan korang ke bila korang tanya soalan/bagi pendapat? (kalau jawapannya ya, macam mudah sangat je perempuan tu terpikat...)
- katakan ada perempuan yg terpikat pun...then? korang memang kena kahwin dengan dia ke?
- kalau ada 10 ada perempuan yg terpikat time korang tanya soalan/bagi pendapat (situasi yg mustahil sebenarnya)...then? korang kena dkahwin dengan semua perempuan2 tu la?

ni adalah contoh sindrom-sindrom pelik yg menimpa sebahagian kaum lelaki. rasanya kalau perempuan pun sama jugak keadaanya...

----------------------------------------------

idea & pendapat kita tidak akan selama-lamanya kekal dalam ingatan. boleh jadi kita sebenarnya mampu membuat PERUBAHAN BESAR dalam masyarakat dengan idea & pendapat kita (yg mungkin sangat bernas & bermanfaat...rugi kan?)

janganlah sekat potensi & akal kita daripada berfikir dengan perasaan hati yg BUKAN-BUKAN & TAK LOGIK








* p/s : bila masuk universiti ni, rasanya golongan2 yg disebut dalam dialog2 kt atas dah tak wujud kut (^_^)

No comments:

Post a Comment