Saturday, March 17, 2012

kita lebih teruk daripada BABI?


kalaulah kita hanya sekadar tidur & makan je dalam kehidupan seharian, bukankah kita lebih teruk daripada BABI?


cuba tengok gambar ni...


jom kita muhasabah skit. sekali imbas...nampak mcm teruk je kan makhluk Allah ni. tapi, pernah tak kita terfikir, makhluk yang kita pandang teruk ni...walaupun haram utk umat islam, macam2 sumbangannya kepada manusia . so, sebagai manusia yang kita dakwa sebagai makhluk terbaik, kalau kita tak menyumbang apa2 untuk orang lain...agak2nyalah, kt mana kedudukan kita sebenarnya?
kita atau babi yg lebih teruk?

*tepuk dada, tanya iman* (^_^)

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai " (al-a'raf : 179)

3 comments: