Tuesday, June 14, 2011

Sedutan Kisah Menarik


Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ditekan hebat oleh musuh-musuh yang benci dengan karier politiknya dengan kes fitnah liwat II, video seks dan macam-macam lagi. Ketika itulah, datang 3 orang ulama' kepadanya iaitu Tuan Guru Haji Salleh (Sik, Kedah), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan) dan (seorang ulama' terlupa pulak namanya). Uniknya, bagi memberi sokongan moral kepada DSAI, kesemua ulama' ini membaca sepotong ayat al-Quran yang sama berbunyi, innallazina qalu rabbunallahu summastaqamu dan memintanya sentiasa SENYUM setiap kali berada dalam keadaan SUSAH.

Selepas memenangi kejohanan tenis di Wimbledon, pemain Amerika Syarikat itu terlantar sakit dan disahkan positif HIV. Akibat kesilapan pihak hospital yang memindahkan darah yang tercemar (HIV) ke dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan, pemain tu hanya tinggal nak mati je lagi. Peminat2nya bersedih dengan nasib dirinya dan berkata, "Kenapa dalam banyak2 orang, kamu yang ditimpa malang mcm ni? Kamu tak rasa ke yang Tuhan TAK ADIL." Pemain tenis Amerika Syarikat tu hanya terSENYUM dan menjawab, "Dalam ramai2 org yang main tenis di dunia ni, hanya beberapa ratus orang je yang boleh main secara professional. Dalam beratus-ratus orang tu, hanya beberapa orang je yang layak bermain dlm kejohanan tenis utama. Dan dalam beberapa orang tu, hanya sorang je yang akan jadi johan. Masa saya jadi juara kejohanan tenis Wimbledon, saya TAK PERNAH persoalkan kt Tuhan, "Kenapa dalam ramai2 orang kt dunia ni, aku yang Engkau (Tuhan) pilih untuk menjadi juara?" "Jadi, kenapa apabila saya ditimpa MUSIBAH mcm ni, saya nak persoalkan Tuhan pulak?"

Saidina Umar ketika sedang berjalan-jalan bersama-sama para sahabat terlihat seorang budak sedang bersedih sedangkan kawan2nya sedang gembira bermain. Saidina Umar bertanya kepada budak itu, "Kenapa kamu bersedih? Kenapa kamu tidak bermain dengan kawan2 kamu itu?" Budak itu menjawab, "Adakah kita masih SEMPAT untuk BERGEMBIRA dengan dunia yang SEMENTARA ni?" Jawapan budak itu menyebabkan Saidina Umar dan para sahabat menangis.

No comments:

Post a Comment