Friday, February 17, 2012

Subuhmu, subuhku juga.... (>_<)

"...umat islam TAK AKAN menang selagi bilangan orang yang solat subuh berjemaah di masjid TIDAK mencapai bilangan sepertimana orang yang solat Jumaat..."

kata2 seorang yahudi yang berpengaruh ni macam SIMPLE, tapi sebenarnya mempunyai significant yang BESAR

sejak dari zaman sekolah sampai la era universiti, BERSEPAH-SEPAH orang liat bangun subuh. tidakkah mereka melihat kata-kata musuh sebagai satu INGATAN & CABARAN? lebih teruk lagi, ada yang dalam kepalanya asyik fikir nak qada' je solat subuh ni..

cmne la nak buat dengan orang2 cmni???

*teringin sekali menidakkan kata2 yahudi yang di atas ni... (>_<) (mampu ke?)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
- Riwayat Muslim

Tuesday, January 17, 2012

PUTIH TELUR...KUNING TELUR


PUTIH TELUR? KUNING TELUR?? apa tu???

kalau nak tahu, kena la baca sampai habis...

* * *

ada 2 perkataan ni kalau sekali imbas, macam senang je nak bezakan. Tapi, ramai jugak antara kita yg TERSALAH FAHAM cara penggunaan yg betul bagi kedua-dua perkataan ni…iaitu perkataan ALAT & MATLAMAT

analogi yang betul & mudah….
kalau kita punya MATLAMAT adalah nk online internet, ALAT yg kita gunakAn adalah broadband

so, sifirnya…
broadband = ALAT
online internet = MATLAMAT

kalau ikut keadaan semasa, ramai yg rasa2nya macam TERTUKAR penggunaan prkataan2 ni. sebab tu la ada yang jadikn MATLAMAT hidupnya…
- berjaya dalam pelajaran...so, dia target MESTI kena dapat straight A @ 4 flat @ mumtaz setiap kali exam
- kahwin...camne sekli pun, aku MESTI kahwin kena dgn prmpuan tu jgk @ aku nak kahwin 4! (nak ikut sunnah nabi katanya...betul ke?)

so, orang2 yg MATLAMAT hidupny cmni...
- rela study lewat malam sampai KORBANKAN solat subuh...dia TAK KISAH stay up sampai pukul 1-2 pagi semata-mata nak study...walaupun solat subuh asyik qada' je
- rela KORBANKAN duit, masa dsb semata-mata nak kahwin dengan orang disukai...walaupun dengan cara yg melanggar syariat

kenapa orang jadikan..
- berjaya dalam pelajaran & kahwin tu sbg MATLAMAT?

bukankah sifir yg sepatutnya kita gunakan...
berjaya dalam pelajaran & kahwin = ALAT
keredhaan Allah = MATLAMAT

rasa2ny kita dapat tak redha Allah (MATLAMAT) kalau cara kita gunakan ALAT tu tak mengikut kehendak-Nya???



*tapi, kita kena la study betul2 & kahwin dgn orang yg soleh/solehah supaya ALAT yg kita gunakn adalah the best untuk mudah capai MATLAMAT kita...(macam dalam analogi, kalau MATLAMAT kita nak online internet dgn clear...cari la ALAT yg terbaik....broadband/wifi dsb)

*cumany, jangan la tersalah guna ALAT...takut2, tak capai pulak MATLAMAT nnti...

* putih telur (nutrien) : ALAT
* kuning telur --> anak ayam : MATLAMAT

(^_^)

Sunday, November 20, 2011

Nak kahwin!!!

mungkin rata2/ramai dalam kalangan kita, bila minat pada seseoorang ni, hidup jadi tak menentu. ada yang...
-mengelamun je kerjanya...dalam kepala tu asyik ingat si dia je
-terbawak-bawak ke dlm mimpi...punya la angau sangat
-setiap masa macam nampak si dia je...



kenapa jadi macam ni? sebabny, benda ni melibatkan SOAL HATI & PERASAAN. Percaya ataupun tidak, dek kerana soal hati n perasaan ni lah..kalau tak diurus dengn baik, benda ni boleh jd sangat2 berbahaya. ada yang...
-tewas. video lucah, rogol, zina...dah jadi mainan pulak benda2 camni
-secara zahirny, prangai punya la baik, (macam malaikat)....tp dkt belakang, perangai punya la teruk. buat bnda tak elok sorng2 n senyap je...
-duluny cakap tentang agama memang best. kalau pasal ikhtilat & anti-couple ni, memang dia la speaker no.1...tp bila dah sangkut dengan seseorang tu, SENYAP terus...bahkn dia la yang orang jumpa tengah dating, pegang2 tgn...

mungkin cara terbaik untuk uruskan SOAL HATI & PERASAAN ni adalh dgn berkhwin. ada yg kalau nak kahwin tu, PASANGANNYA kalau boleh...
-soleh/solehah
-taat pd ibu bapa
-rajin
-dan BANYAK lagi sifat2 baik...(tak larat nak sebut)

tp, DIRI SENDIRI...
-solat pun lambat...tambah2 subuh, klu bknny subuh gajah, confirm subuh dinosaur punya
-mak ayah mintak beli barang sikit dh merungut...bnda2 yang lain tu jangan cakap la, mmg OUT puny
-dan BANYAK lg sifat2 yg tak elok..(pun tak larat nk sebut)

pernah dengar tak Allah brfirman....
"...(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..." (surah an-nur :26)
(^_^)

Sunday, November 13, 2011

Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

kadang2 tu terfikir jugak...kenapa Malaysia tak mampu lahirakn :
- ulama' seperti Yusuf al Qaradawi
- businessman mcm Bill Gates
- doktor yang power dalam bidang2 yang bukannya berkaitan perubatan macam Dr. Zakir Naik (comparative religion)


biasany lps degree, kita akn jd :
- ustz/ustzh, businessman n doktor yg biasa2 je...msih di takuk yg sama, x ubah2 mcm zmn mak ayah kita dulu2 (ntah2 sama mcm zmn tok nenek kita dulu kot)

mungkn ke situasi ni disebabkan :
- sistem pendidikn yang teruk?
- kita ambk kos pengajian sebab terpaksa ("dah tak layak ambik kos lain, ambik kos yang ada ni pun ok la"....ATAU..."emak ayah yg suruh ambik, saya ambik je la"...ATAU..."orang bg sponsor untuk kos ni, ambk je la, buknanya minat sangat pun")
- kita takde tujuan hidup yg JELAS?

PERNAH
tak kita terfikir :
- kenapa aku ambik kos ni?
- apa yang aku nak jadi besar2 nanti?
- apa yang boleh aku sumbang kat diri/masyarakat/agama bila aku ambk kos ni?
- apa TUJUAN sebenarnya aku masuk bidang ni?


*sekadar renungan bersama*
*hidup perlu ada tujuan & hidup untuk memberi* (^_^)

Friday, October 21, 2011

UMI, ABAH...I LOVE YOU!!!

sedar ataupun tidak, MUNGKIN rata2 dlm klgn kita, dengan mak ayah ni…

-salam kadang2 je…sedangkn time kecik2 dulu, boleh je pun buat, ego sangat ke kita ni?
-selalu buat muka masam dgn mak ayah…benda2 simple yg diorng mintak tolong macam beli barang dan kemas rmh pun nk marah...sabar sikit pun tak boleh
-nak ucap terima kasih susah sekali…mulut tu macam ada batu je
-yang tinggal kt perantauan pulak…tlipon punya la jarang. Klu nk tlipon, msti ada agenda tertentu punya…kalau bukan kerana nak mintak duit, msti la sebab exam


TAPI, bila kita dah sedar betapa salahnya dan terukny perangai kita dengan mak ayah…time tu kita akn sgt2 MENYESAL…masa tu, baru la kita dgn mak ayah ni…


-teringin nak salam, peluk dan cium puas2
-tunaikan segala prmintaan yang diorang mintak
-teringin sangat2 nak ucap “UMI ABAH, I LOVE YOU!!!”


tapi, semuanya dah terlambat masa tu….sebab mereka dah pergi tinggalkn kita, mghadap Ilahi...

so, bagI sape2 yang msih ada ibu bapa…hargailah mereka, jangan sia2kan masa yang ada. Bagi sape2 yg dh bergelar, anak yatim/piatu, sentiasalah doakan kesejahteraan mereka kat sana dan jadilah anak yg soleh/solehah…

* * *

dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau ANAK YANG SOLEH YANG BERDOA UNTUKNYA." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


‎"...19/10/2010 (7.30 p.m.) tarikh arwah abah meninggal dunia; semoga Allah merahmati roh arwah abah dan allahyarham diletakkan dalam kalangan orang2 yang soleh..."

Friday, October 7, 2011

Kenapa perempuan berpurdah..?


...ISU...


Kadang2 tu, terfikir jugak...knape prmpuan berpurdah? adakah orang berpurdah kerana iany satu TUNTUTAN @ sekadar IKUT-IKUTAN je (sebab tengok orang lain pakai purdah, dia pun nak pakai jugak)

bukannya ape, ada beberapa jenis golongan berpurdah ni. antaranya...
- istiqamah kat mane2 pun still pakai purdah
- pakai purdah kt oversea je...sampai2 kat Malaysia je, trus tak pakai
- on off...kejap pakai,kejap tak
- berpurdah sekali je, pastu tak pkai dah lepas2 tu





…JAWAPAN…


ni antara sebab2 knape perempuan berpurdah (diambil dr discussion2 sebelum ni) :

1) dia dah kena cop dah. jadi dia tak mau bg orang lain tengok.

2) kalau macam kat azhar, ramai orang pakai purdah. jadi klo dia sorang
dlm kuliah dia tak pakai jadi macam pelik pulak.

3) ada jugak sebab memang sgt cantik.

4) mak ayah perempuan tu yang suruh

5) dari segi keselamatan. perempuan berpurdah ni lelaki arab takut nk kacau tapi tak mustahil jugak untuk diganggu
cuma,,probability untuk diganggu tu kurang berbanding denganmereka yg tak berpurdah.
so,,tak hairan la bila kt Malaysia diorag tak nak pakai tapi kat jordan diorang pakai pulak..lebih kpd keselamatan

6) "...pakai purdah dan tudung labuh sebab saya selesa keluar dan berinteraksi dengan lelaki dalam pakaian begitu. Lagi2 dalam meeting, yang saya suka buat mimik muka pelik2. Purdah memudahkan hidup saya..."

7) "...Antara sebab ada akhawat pakai dekat oversea sahaja, sebab tak tahan dgn tanggapan org melayu kita di malaysia. Saya tetap pakai di malaysia sebab mak pun pakai, boleh kongsi kekuatan. Anehnya org kita ni, pakai baik2 pun kena perli. Lalu dekat bazar ramadhan, mula la orang berbunyi 'AssLamualaikum ustazah', berzikir lah, selawat lah. Ikut hati tak nak keluar rumah dah..."

8) "...saya pulak pakai purdah kerana yang utama kerana Allah...tapi diri saya ikut 'uruf jugak...kat jordan saya akan pakai untuk ke selamatan diri dan taati perintah suami n ibu ayah...kat malaysia ikut keadaan untuk kita masuk dalam masyarakat ( bekerja) dan keluarga,..berpurdah bukan perkara wajib tapi digalakkan..
sy pun pd awalnya ganjal dgn fenomena ini,tp slps sy brtanya dgn beberapa pihak y berkenaan ,rasanya kita boleh terima keadaan ni.antra sebabnya ialah :

-halangan keluarga. Ada yang mula2 pakai kat sini, tapi lps balik Malaysia mak ayah tak setuju.balik sini kena buka.

-ada penyakit tertentu .contohnya tak tahan asma' waktu syita..sbb byk habuk..jd lps syita' habis,dia buka.atau ada juga yang ditakdirkn berkulit sensitif,juga pd fatrah2 tertentu,maka bila tamat fatrah tu..dia pun buka.

-masih dlm proses mujahadah .sbb istiqamah tu memerlukn mujahadah.dlm hal ni,kita sebagai yan melihat takboleh nk judge sebelum kita kaji sendiri atau tanya pd org tu face to face.lebih baik diam dpd menyebarkn prasangka buruk kpd org lain..."

…DALIL…


Actually hadis nabi ada mention bahawa fitnah di akhir zaman datangnya daripada wanita..mcm dlm hadis ni.."Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim" dan juga hadis ni ""Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

…KONKLUSI…


ni lah antara hujah2 dan komen2 yang diperoleh berkaitan dengan isu purdah (rujuk balik statement di atas). So, harap2, perempuan2 yang ingin/sudah pakai purdah…niatkanlah perbuatan tu kerana Allah, bukannya untuk dilihat cantik (insyaAllah)…

** berhujahlah ats dasar ILMU bknny EMOSI**
**semoga beramal krn kefahaman, bknny taqlid semata-mata** (^_^)

Saturday, September 24, 2011

'Audah : ada ke lagi remaja macam dia sekarang...?

Ada sorang remaja ni, umurnya baru nak masuk 20 tahun. Tapi, dia ni lain sikit compare dgn orang2 yg sebaya dengannya. Namanya…
* * *
‘Audah (bukan nama sebenar). Kalau sekali pandang,’Audah ni nampk macam orang biasa je. Nak kata handsome, muka biasa2 je. Nak kata pandai, result exam takde la gempak sangat pun. Tapi, ada satu benda yang buatkan ’Audah ni special...

Dia ingat lagi time sekolah menengah dulu masa dilantik jadi pengawas sekolah. Stress betul dia bila kena jadi pengawas ni. Berkali-kali dia jumpa guru disiplin nak resign tapi cikgu dengan tanpa komprominya tolak permohanan ’Audah ni. Dia bukannya nak tolak tanggungjawab, tapi dia sure, mesti perit punya kalau dia tetap kena jadi pengawas. Seperti yang diduga, ’Audah terus dapat layanan kelas kedua bila pegang jawatan pengawas ni. Ye la, kalau pengawas nak dapat layanan kelas pertama dari student2 lain, pengawas tu kena tolong student2 simpan handphone supaya tak kena rampas, kena simpan rahsia kegiatan diorang yang salah dan macam2 lagi yang tak sepatutnya seseorang yang bergelar pengawas lakukan. Apa lagi, student lain terus cop dia dengan gelaran “pengawas skema”. Yang paling dia tak boleh terima bila kawan2 yg satu batch buat tak endah je kat dia. Sebelum jadi pengawas, diorang ni ok je dengan dia, tp sekarang…? Bertimbun-timbun soalan dia simpan dalam kepala. Dia monolog je sorang2. “…Salah ke aku tak tolong diorang simpan handphone supaya tak kena rampas? Salah ke aku jalankan tugas aku? Kenapa orang yang buat benda baik selalu kena pulau? Betul ke yang aku buat ni..?”

Tapi lastly, dia tetap berpegang pada prinsipnya.”… Biar la kalau orang taknak kawan dengan aku pun, aku tak kisah. Yang penting, aku buat kerja ni sebab tanggungjawab. Benar tetap benar, salah tetap salah…”

Antara gejala serius budak2 sekolah esp. yang tinggal kat asrama adalah fly (keluar asrama tanpa kebenaran) dan couple. Kawan2 dia selalu cakap," time remaja ni la masa nak enjoy.… Kita kena cuba semua benda time muda2 ni. Rokok, fly, main game kat cyber café dan couple. Semua benda tu kena cuba bro. Bila dah tua nanti, kita taubat la…” “…Betul ke apa yang diorang cakap ni? Bukan ke semua benda tu buang masa je? Memang best kalau dah ada awek, ada la jugak tempat nak luahkan perasaan. Boleh hantar mesej2 nasihat, pegang tangan permpuan tu dan macam2 lagi…macam rugi je kalau tak couple.Tapi, tak berdosa ke buat semua tu..?”


Ditakdirkan Allah, lepas habis je sekolah menengah, ’Audah masuk sebuah pusat tahfiz. Kat situ dia belajar macam2 dan akhirnya dia dapat jawapan kepada semua persoalan yang dah semakin semak dalam kepalanya tu. Akhirnya dia tahu, tindakan yang dia buat selama ni betul rupa2nya.

Mulai dari situlah ‘Audah pasang target. Time remaja lain sibuk baca buku komik, ’Audah baca buku2 ilmiah. Sebut je la apa2 buku pun, dia mesti baca punya. Tak kira la buku undang2 ke, medik ke, buku comparative religion dan apa2 buku je la..dia mesti baca punya. Bukannya dia minat sangat baca buku2 tu, tapi dia terpaksa buat camtu. Sebabnya, ‘Audah ni rasa untuk kuasai semua bidang bukannya lagi satu KEHENDAK, tapi dah jadi satu KEPERLUAN..



Time
orang ajak main game PES dan FIFA, dia tolak dengan baik dan senyum je. Time kawan2nya borak2 kosong sampai berjam-jam lamanya, dia akan bangun dan balik bilik. Time kawan2nya ajak tengok movie pun dia tolak. Apa yang dia buat masa kawan2nya buat semua aktiviti ni? Bukannya dia tak buat aktiviti2 tu langsung, tapi dia berpada-pada. Kenapa? Sibuk study ke? Mungkin lebih kurang camtu bunyinya…’Audah ni akan balik bilik dan buat aktiviti2 lain. Kalau tak baca buku, dia akan bukak web2 yang bincang tentang hal ehwal semasa atau update blog. Bunyi macam dia ni anti-sosial je? Hidup sorang2 je ke?

Tak la, ‘Audah ni bukannya orang macam tu. Ingat dia suka ke baca buku banyak2? Ingat dia tak suka ke main video game? Ingat dia tak suka ke tengok movie? Ingat dia tak suka ke hidup rileks? Dia SUKA sangat2 buat benda2 tu semua. Tapi, kenapa dia still hidup macam robot je? Sebabnya, dia nak SANGAT2 bi’ah solehah zaman Rasulullah dan khulafa’ ar-rasyidin wujud balik. Dia nak SANGAT2 masyarakat jadi baik. Dia nak SANGAT2 semua orang tutup aurat. Dia nak SANGAT2 semua masalah macam zina, kecurian, bunuh dan lain2 dibasmi terus. Mungkin orang akan kata benda tu mustahil, tapi dia tak kisah langsung.”… Kalau orang lain tak nak buat, biar aku yang mulakan sendiri. Biar la aku tak enjoy zaman remaja aku macam orang lain, asalkan aku mampu ubah masyrakat sekarang kepada cara hidup masyarakat zaman Rasulullah..." Hampir setiap hari dia menangis dan berdoa, “rabbi yassir wa la tu’assir”. Rasulullah idolaku, Sultan Muhammad Al-Fateh inspirasiku. Allah matlamatku dan Islam cara hidupku…”

Prinsip hidupnya mudah je…
• Niatlah sesuatu perbuatan kerana Allah
• Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain
• Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut
• Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri
• Ingatlah mati

* * *
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.” (QS al-Mukminun : 115)

”Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?” (QS. Al-Qiyamah 36)

(>_<)