Thursday, June 27, 2013

jerebu kita VS "jerebu" Palestin

kita marah dengan Indonesia kerana dilihat tidak peka & tidak bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah jerebu yang bertahun-tahun melanda rakyat negara kita

agak-agaknya...

rakyat Palestin marah tak dengan negara-negara Islam lain yang dilihat tidak peka & tidak bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah "jerebu" akibat peperangan n penindasan yang bertahun-tahun menimpa rakyat mereka?

--------------------------

hahaha. memang kita adalah masyarakat yang pentingkan diri sendiri

boleh ke solat dalam kapal terbang?

antara masalah paling common yg dialami oleh student2 oversea adalah isu solat dalam kapal terbang. so, time nk pulang ke Malaysia dari Jordan hari tu...sy pun bacalah blog Fathullah Al-Haq Muhd Asni tentang Panduan Menunaikan Solat Di Dalam Kapal Terbang & Kenderaan

lepas baca blog tu, memang banyaklah benda yg semakin clear. tp, kalau ikut panduan yg diberikan...banyak keadaan memerlukan kepada kita untuk bertanya kepada petugas kapal terbang (pramugara/pramugari). maka, timbul la pulak persoalan2 yg lain..

- pramugara/pramugari ni tahu tak camne cara nak tentukan arah kiblat dlm kapal terbang? confirm diorang ni mesti tak tahu punya arah kiblat kt mane...
- pramugara/pramugari ni tahu tak camne cara nak tentukan waktu solat dlm kapal terbang? confirm diorang ni mesti tak tahu punya solat masuk pukul brape...
- boleh ke solat berdiri dlm kapal terbang? ada tempat ke disediakan untuk solat berdiri dlm kapal terbang? tak jatuh ke time solat tu?


punya la pandang rendah dengan nilai ilmu & islamisasi yg ada kt pramugara/pramugari kapa terbang ni. bila dah jadi camtu...

- mula la fikir nak buat solat hormat waktu...padahal takde pun solat camtu sebenarnya (kalau berdasarkan artikel dlm blog tu la)
- mula la fikir untuk solat duduk je...padahal kena try sedaya upaya untuk solat berdiri. klu tak boleh, baru boleh solat secara duduk
- mula la fikir nak solat dgn cara yg paling mudah; arah kiblat & waktu solat ikut ijtihad sendiri...padahal cara tu hanya terpakai setelah berusaha sedaya mungkin untuk dapatkan setepat mungkin arah kiblat & waktu solat dengan bertanyakan kpd petugas kapal terbang (ex : pramugara/pramugari)


----------------------------------

dengan keyakinan setinggi 99% yg pramgura tu confirm tak tahu ap2 brkaitan kiblat & benda2 yg berkaitan dengannya...pergi la jgk tanya kt salah seorang pramugara yg ada...alangkah terkejutnya

- apabila pramugara tu tahu kt mane arah kiblat
- apabila pramugara tu tahu bila masuknya waktu solat fardhu
- boleh je pun sebenarnya solat berdiri dalam kapal terbang
- ada je pun tempat untuk solat berdiri dlm kapal terbang

habis je solat subuh tu....time otw balik ke seat sendiri, sy pandang la kiri kanan. rata-rata penumpang sedang tidur dan sebahagian besar penumpang adalah orang Indonesia & orang Malaysia. rasanya wajarlah kalau saya katakan yang mereka ini kesemuanya beragama Islam...

tertanya-tanya juga...

- mereka ni solat tak?
- semua perempuan Islam dalam kapal terbang ni uzur syar'ie ke?
- memang rata-rata penumpang2 dlm kapal terbang memang tak solat ke?


-------------------------------------

jangan malu bertanya & jangan pandang rendah orang lain.
semoga kita menjaga solat kita di mana jua kita berada (^_^)

*rujuk : fikrahhalaqah.com/fiqh-ibadah-panduan-menunaikan-solat-di-dalam-kenderaan/




Thursday, May 23, 2013

aku seorang KETUA

antara perkara-perkara yang amat susah untuk dilakukan oleh seseorang ketua dalam memimpin organisasinya sekalipun perkara-perkara itu diakui mempunyai banyak kebaikan ialah :

1. meminta maaf
2. mengakui kesalahan dirinya
3. bersedia & berlapang dada apabila ideanya ditolak


----------------------------

kita adalah manusia yang tak lari daripada melakukan kesalahan. salah berijtihad itu perkara biasa. tak rugi pun untuk mengakui kesalahan sendiri

kenapa perlu malu menegakkan kebenaran? adakah air muka lebih penting daripada segala-galanya? penting sangatkah maruah berbanding maslahah ummah?

kita adalah insan yang lemah & banyak kekurangan. belajarlah daripada pengalaman...nescaya, kita akan menjadi manusia yang lebih matang, berfikiran tebuka, menghormati & menghargai manusia lain (^_^)

stay up study vs solat subuh

kerap kali orang nampak kejayaan dalam peperiksaan bergantung kepada kemampuan untuk stay up untuk study lewat malam...sampai kadang-kadang tu, "terkorban" solat subuh

kenapa jarang sekali orang nampak kejayaan dalam peperiksaan juga bergantung kepada kemampuan bangun awal untuk solat subuh (di masjid) ?

pelik kan manusia ni?

bila fikir2 balik...pelik juga pemikiran manusia kadang2 tu (>_<)

contohnya, study berhempas-pulas untuk exam sehari dua je pun (kadang2 tu study malam exam je). pastu, bila dapat markah exam rendah...mula la ungkit, "aku dah study gila2 sebelum exam. kenapa markah rendah lagi ni?" then, tension tak tentu pasal. padahal hakikat sebenarnya...rajinnya hari sebelum exam je, baki2 hari sebelum tu malas memanjang kenapa tak ungkit pulak??

kita selalu sangat ungkit kebaikan yang sedikit baru kita lakukan,
kenapa kita tak ungkit keburukan & kesalahan yang sebenarnya lebih banyak telah kita lakukan?ke...kita nak Allah yang tolong ungkitkan??

sebelum tension tak tentu pasal, check balik kisah2 silam kita & apa benda yang kita dah buat sebenarnya selama ni...

-----------------------------------

istiqamahlah melakukan kebaikan (^_^)

kenapa ganti benda baik dengan buruk?

sebagai seorang muslim, antara sifir mudah yang kita sepakati bersama ialah ...

> teori A : perlunya untuk mengubah sikap buruk kepada sikap baik [buruk ---> baik]
> teori B : perlunya untuk mengubah sikap baik kepada sikap yang lebih baik [baik --> lebih baik]

maka, apa2 teori yang bertentangan daripada teori2 di atas adalah tidak Islamik..betul tak? saya tidak fikir ada yang berani menafikan teori mudah di atas (^_^)

namun, praktikal tidak semudah teori. contohnya epas habis exam, kebiasanya orang akan terfikir untuk

i) main game
ii) tengok movie/wayang
iii) relaks2 & buang masa


mmm...bukankah ketiga-tiga perbuatan di atas bertentangan dengan teori2 di atas? maknanya...perbutan2 ni tak Islamik la kn?

namun peliknya...kenapa benda-benda ni yang asyik terlintas dalam kepala kita? kalaulah non-muslim pun fikir benda yang sama macam yang kita fikir....mmm, apa beza kita dgn mereka ea?

----------------------------------

الواجبات أكثر من الأوقات
(tanggungjawab lebih banyak daripada masa)

Wednesday, May 1, 2013

masa terluang VS meluangkan masa

janganlah cari masa terluang baru nak baca al-Qur’an
tapi,
luangkanlah masa yang ada untuk membaca kitab-Nya (^_^)

------------------------

bukankah istilah "masa terluang" & "meluangkan masa" mempunyai maksud yang berbeda? (^_^)


exam exam exam


ramai orang yang jadikan markah exam sebagai satu-satunya kayu ukur bagi menilai tahap kemuliaan seseorang

hahaha. kalau seperti itu yang sepatutnya berlaku...kenapa tidak wujud sistem peperiksaan semenjak zaman Rasulullah?

bahkan lebih awal lagi - zaman nabi Adam. kenapa??

--------------------------------------------------------

"...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal " (al-Hujurat : 13)

Sunday, March 24, 2013

facebooker : kita ni orang yang mana satu?

jenis-jenis pengguna facebook….

Orang A : gambar yang aku upload kali ni mesti ramai giler yang LIKE….huhuhu

Orang B : asyik mengomen (baca : komen) je kerja dia….kt mana-mana post pun mesti nampak nama dia je yang keluar

Orang C : asyik nak hentam orang je kerja dia. semua benda dia nampak tak kena. lagi-lagi la kalau orang tu tak sama fikrah dengan dia…memang ber”zikir” la dia hentam orang tu

Orang D : gunakan facebook untuk benda-benda baik. cara dia post, cara dia komen, cara dia tegur dll…pendek kata, memang bagus la..

Orang E : bajet baik? asyik-asyik share psal cinta islamik….cinta ana enti la, ciri-ciri bakal suami pilihan la. kalau ada gambar..mesti gambar seorang lelaki dengan seorang yg muka malu-malu…

Orang F : asyik meng”update” status je kerja dia. Kalau cerita benda yg baik-baik ok jugak…ni? ntah apa benda la dia ni post sebenarnya…

Orang G : semua benda dia nak cerita…bajet macam semua benda dia tau. mentang-mentang la popular….dia ingat semua benda yang dia cakap tu betul & orang akan percaya. padahal, banyak benda yang dia cerita tu tu atas angin…kosong

Orang H : uiissh…lawa jugak pompuan ni. hehehe…check skit profile & gambar dia

Orang I : bajet ulama’? ni haram, tu haram….ni salah, tu salah. memang yakin giler la cara dia…dalil mane? Sumber mane? mmmm… (baca : sambil menggaru kepala)

Orang J : muka sebar fitnah. orang ni camni, orang ni camtu….padahal, cakap ikut sedap mulut dia je

Orang K : nampak macam ok je…bagus budak ni, nampak soleh. cop cop cop tunggu dulu. laaa.. nampak je macam senyap…asyik chatting dengan pompuan rupa-rupanya

---------------------------------------------

banyak jenis orang lagi sebenarnya. ni sebahagian daripadanya je..

- kalau orang tanya : bro, salah ke kalau aku guna facebook camni?
- saya akan jawap : masa kita hanya ada 24 jam sehari. kalau rasa benda-benda tu boleh jadi saham akhirat, teruskanlah. kalau rasa macam tak...tinggalkan je la, boleh tak?

*p/s : try tanya diri sendiri...aku ni yg mana satu ea? (^_^)

Tuesday, March 5, 2013

nak tuntut hutang pun malu ke?

Situasi : orang A yang berhutang dengan orang kaya (orang yang berduit)

Ni antara dilema & rasa serba salah orang kaya time nak tuntut hutang dari orang A (tak kiralah sama ada orang A tu kaya ataupun miskin)...

1) segan la nak tuntut hutang dengan dia...nanti dia cakap...
- "harap je kaya...kedekut rupa-rupanya"
- "ala...ko kan kaya, halal je la"
- "dengan aku yang miskin (tak berduit) ni pun ko nak berkira ke?


2) nanti orang A tu bgtau orang lain yg aku tuntut hutang dari dirinya...malu la aku

3) kalau orang lain dapat tahu yang aku ni berkira giler bab2 hutang ni...conform diorang cop aku macam2...taknak aku kena cop camtu



kenapa perlu malu/rasa rakut/rasa serba salah time nak tuntut hutang? sebabnya...

1) tak kiralah korang kaya ataupun tak, bukankah tu hak korang? kenapa perlu rasa takut/segan untuk tuntut harta sendiri?

2) kalaulah dia tak boleh bayar time tu...bukankah secara tidak langsung korang boleh tahu keadaan semasa kewangannya?

3) boleh jadi sebenarnya dia terlupa. bukannya dia taknak bayar....tapi dia terlupa. korang yg ingat psal hutang tu pulak kenapa pendam je sorang2? pastu, dendam x tentu pasal pulak tu...

4) kalau orang cop korang ni kedekut, hutang pun berkira...so what? dalam al-Qur'an pun ada ayat tentang hutang kan? Allah siap suruh catat lagi hutang tu....bukankah kita ni cuma praktikkan je ayat al-Qur'an tu? kenapa perlu kisah sangat dengan kata-kata orang? kita yang sedekah & infaq punya la banyak selama ni....ada dia pernah ambik tahu? biar je la orang camtu....Allah lebih tahu siapa diri kita yang sebenarnya....

5) sebenarnya, daripada korang halalkan (sedekahkan) kt orang yg meminjam tu....lebih baik la korang tuntut balik duit tu. duit yg korang halalkan tu...orang A tu je la yang dapat manfaatnya. kalaulah orang A tu pulangkan balik duit korang tu...korang boleh guna untuk tolong & pinjamkan kt orang2 lain yang susah pulak...manfaatnya lebih banyak (boleh baca blog Sr. Asyraf Wajdi psal benda ni)

dan baaaaanyak lagi sebab2 yang menyebabkan korang x perlu rasa segan/serba salah/malu untuk tuntut hutang...saya je malas nak tulis (^_^)

--------------------------

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu" (2:282)

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”

Tuesday, February 19, 2013

jangan lupa undi saya ! (^_^)


jangan setakat fikir berapa banyak program yang kita MAHU jalankan,
fikirkan juga, berapa banyak program sebenarnya yang kita MAMPU laksanakan?

jangan berbangga sangat dengan bilangan program yang telah kita KENDALIKAN,
fikirkan juga adakah itu sebenarnya yang masyarakat PERLUKAN?

jangan rasa seronok sangat dengan kemahsyuran JAWATAN,
fikirkan juga, bukankah itu amanah yang akan Allah PERSOALKAN?





"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al-Ahzab: 72)

(^_^)

Wednesday, February 6, 2013

politik oh politik (>_<)


[zaman kanak-kanak]

“Adik, bila dah besar nanti..adik nak jadi apa?” Ada yang jawab nak jadi

1) Doktor
2) Jurutera
3) Pensyarah
4) Businessman
5) Guru
…dan sebagainya. jawapan yg famous sekali mestilah doktor.(sebab katanya nak tolong orang sakit)

-----------------------

[zaman sekolah menengah]

Soalan exam (Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah/Pendidikan al-Qur’an Sunah) :

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat bermasalah?

Jawapan standard :

1) Lemah iman
2) Kurang didikan agama
3) Pengaruh media massa
4) Pengaruh rakan sebaya
5) Kurangnya perhatian ibu bapa
…..dan sebagainya

-----------------------------------------------------

dari kecil lagi kita sudah nampak FAKTOR-FAKTOR yang mendorang kepada rosaknya mansyarakat

dari kecil lagi kita sudah nampak wasilah yang boleh digunakan untuk MENOLONG masyarakat

dari kecil lagi kita sudah nampak wasilah yang boleh digunakan untuk MENGUBAH masyarakat menjadi lebih baik

namun,

apabila masuk zaman universiti & alam pekerjaan, rata-rata masyarakat kelihatan fokus kepada satu isu je....."POLITIK"

kadang-kadang terfikir...

- bukankah lebih banyak lagi wasilah yg ada (yg perlu kita cakna)?
- adakah kemenangan dalam politik menjanjikan perubahan kepada masyarakat secara holistik (menyeluruh)?
- adakah politik adalah satu-satunya jalan yang ada?

janganlah sempitkan medan amal kita. tidak salah berpolitik & cakna dengan isu-isu politik....tapi, janganlah sampai ber"tuhan"kan benda ni

ingat la..

politik adalah ALAT, bukannya MATLAMAT!!


Saturday, February 2, 2013

siapa yang lebih banyak makan garam?


apabila kita mendengar kata-kata yg berbunyi...

"dengar la cakap orang lama...mereka dah makan garam lebih banyak daripada kamu"

biasanya orang akan terus fikir...

"kita ni kena la dengar cakap orang lama...diorang kan lebih banyak berpengalaman daripada kita". normally orang akan faham, makan garam = lebih banyak pengalaman

namun, kalau bacaan dibuat dari sudut yg lain...

"padan la diorang ni banyak penyakit, ni mesti kes banyak sangat makan garam. nama pun orang lama, nak nasihat pun susah...orang nasihat bukannya nak dengar pun". di sini, orang faham yg makan garam = banyak penyakit

---------------------------------------------

kalaulah kita justifikasi orang yg paling hebat, paling layak & paling benar adalah orang yg paling lama (kerana mereka lebih banyak pengalaman)...bukankah kita secara tidak langsung berfikiran bahawa semua pemimpin dunia & pemimpin mana2 organisasi perlulah orang yg paling tua? merekalah orang yg paling banyak makan garam/berpengalaman kn?

macam tak adil je...betul tak?

so, nilailah sesuatu itu secara menyeluruh, bukannya sekadar memandang satu aspek semata-mata (^_^)

(orang) yg muda disayangi, (orang) yg tua dihormati


*p/s : bukanlah mahu menafikan peranan orang lama...cuma skdr berpendapat bahawa ruangan perbincangan sentiasa terbuka luas
orang lama tidak semestinya sentiasa paling betul...bukankah mereka juga manusia yg tidak lari drpd melakukan kesilapan? (^_^)

Monday, January 28, 2013

kita bukan robot!

ramai orang suka hidupnya berjadual. sebab tu la tak hairan apabila ramai orang ada jadual belajar masing-masing. respest bro!

jap2....mmmm, korang ikut tak jadual yang korang buat tu? mesti korang fed up kn bila tak dapat ikut jadual yg korang dah penat2 buat? then, stress tak tentu pasal....last2 sekali, semua benda tak jadi. betul tak?

------------------------------------

cukuplah kalau korang set dalam minda, "AKU AKAN PASTIKAN SETIAP PERKARA YANG AKU BUAT ADALAH BERMANFAAT"

merancang dalam hidup memang tidak salah. tapi, kita bukan robot yg 100% akan buat seperti yg dirancang. kita juga bukan tuhan yg boleh pastikan semua benda berlaku seperti yg dirancang.

kita adalah manusia yg lemah...

you're planning to fail if you fail to plan....that's right.
but,
you're also planning to fail if you fail to plan (for a comeback)




asasnya mudah, "AKU AKAN PASTIKAN SETIAP PERKARA YANG AKU BUAT ADALAH BERMANFAAT"

*p/s : kita takde masa untuk futur & rasa down
(الواجبات أكثر من الأوقات)

(^_^)



apa hukum main game & tengok movie?

komen pembaca : Salam. Ustaz, apa hukum kita pergi TENGOK WAYANG?

Dr. Zaharuddin Abd Rahman : "Kalau rasa BAIK DAN REDHA untuk MATI didalam panggung wayang tu, boleh la pergi selalu.."

--------------------------------

soalan : Salam. Bro, apa hukum kita MAIN GAME & TENGOK MOVIE?

jawapan : "Kalau rasa BAIK DAN REDHA untuk MATI time main game & tengok movie, boleh la buat selalu.."


* p/s : tiada kaitan antara yg masih hidup ataupun yg telah mati. tepuk dada tanya iman (^_^)

kalau korang...isteri korang mesti...


- kalaulah kita ni jenis orang yg suka call perempuan malam2 tanpa urusan penting,
- kalaulah kita ni jenis orang yg liat bangun solat,
- kalaulah kita ni jenis orang yg malas (baloq liat)

jangan terkejut...

- kalau isteri kita nanti jenis orang yg suka call lelaki malam2 tanpa urusan penting,
- kalau isteri kita nanti 2X5 macam kita....subuh dinasour & susaaaaah sangat nak bangun solat
- kalau isteri kita nanti pun jenis yg x diharapkan...malas bebenor

----------------------------------------

pernah dengar tak Allah brfirman....


(^_^)

hahaha! manusia-manusia pelik menjelang tahun baru (^_^)


seperti biasa setiap kali menjelang tahun baru, MESTI akan ada insan-insan yg berkelakuan pelik & melucukan. contohnya...

- akan ada insan yang merasakan dirinya adalah seorang yang hebat tahun tu kerana excel dalam akademik...sedangkan dia tak sedar yg dirinya tu HANYA TAHU baca buku-buku silibus universiti je. buku-buku lain? minta maaf la...

- akan ada insan yang berasa sangat seronok apabila dia lihat tahun tu, dirinya ada segala-galanya. isteri, family, kereta, pekerjaan dan macam-maaacam lagi.....sampai dia terlupa pada penderitaan golongan miskin, rakyat Palestin, Syria dan masyarakat dunia yg lain

- akan ada insan yang merasakan dirinya insan yg paling bertuah pada tahun tersebut kerana hidupnya dalam keadaan yang aman & sentosa, takde peperangan. pendek kata, semua ok la. opps...semua tu selama-lamanya kekal ke?

- akan ada insan yang seronok apabila memikirkan dirinya sudah menjadi semakin matang, seiring dengan pertambahan umur...konon-kononnya makin dekat la dengan gerbang perkahwinan. dia terlupa ke yang pertambahan umur juga memberi maksud diriniya tu dah semakin dekat dengan kematian??

-----------------------------------

hidup untuk mencari kebahagian diri sendiri memang la senang. cuba la fikir tentang nasib & keadaan orang lain juga...

moga-moga saya tidak akan melihat lagi kelakuan pelik & melucukan pada tahun ini menjelang tahun baru 2013 pada esok hari (^_^)

---------------------------------

"orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati & sentiasa bersedia menghadapinya"

kenapa?

fikir-fikirkan.... (^_^)




* p/s : salam tahun baru. salam perubahan. moga kita menjadi ummah yg lebih baik dari sebelumnya

Sunday, January 27, 2013

Mahasiswa = Tin Kosong

- kita marah pada pihak yg cuba untuk menghalang mahasiswa bersuara,
- kita marah pada pihak yg cuba menghalang mahasiswa berdemonstrasi
- kitala jugalah yg menjadi antara orang2 yg paling terkehadapan dalam membicarakan tentang hak-hak mahasiswa

tambahan lagi...

- kita selalu cakap mahasiswa perlu berani bersuara
- kita selalu cakap mahasiswa perlu ada prinsip
- kita selalu cakap mahasiswa jangan jadi pengecut

tapi....

- KITA jugalah mahsiswa yang selalu main game
- KITA jugalah mahasiswa yang selalu tengok movie
- KITA jugalah mahasiswa yang banyak tidur

-------------------------

kononnya sebagai seorang pembela hak-hak mahasiswa;
JANGAN jadi macam tin kosong...bunyi je kuat, hasil takde pun (>_<)


*p/s : mmmm...ape yg korang buat lepas habis exam? pastu...ape yg korang dah buat time cuti ea?