Sunday, March 24, 2013

facebooker : kita ni orang yang mana satu?

jenis-jenis pengguna facebook….

Orang A : gambar yang aku upload kali ni mesti ramai giler yang LIKE….huhuhu

Orang B : asyik mengomen (baca : komen) je kerja dia….kt mana-mana post pun mesti nampak nama dia je yang keluar

Orang C : asyik nak hentam orang je kerja dia. semua benda dia nampak tak kena. lagi-lagi la kalau orang tu tak sama fikrah dengan dia…memang ber”zikir” la dia hentam orang tu

Orang D : gunakan facebook untuk benda-benda baik. cara dia post, cara dia komen, cara dia tegur dll…pendek kata, memang bagus la..

Orang E : bajet baik? asyik-asyik share psal cinta islamik….cinta ana enti la, ciri-ciri bakal suami pilihan la. kalau ada gambar..mesti gambar seorang lelaki dengan seorang yg muka malu-malu…

Orang F : asyik meng”update” status je kerja dia. Kalau cerita benda yg baik-baik ok jugak…ni? ntah apa benda la dia ni post sebenarnya…

Orang G : semua benda dia nak cerita…bajet macam semua benda dia tau. mentang-mentang la popular….dia ingat semua benda yang dia cakap tu betul & orang akan percaya. padahal, banyak benda yang dia cerita tu tu atas angin…kosong

Orang H : uiissh…lawa jugak pompuan ni. hehehe…check skit profile & gambar dia

Orang I : bajet ulama’? ni haram, tu haram….ni salah, tu salah. memang yakin giler la cara dia…dalil mane? Sumber mane? mmmm… (baca : sambil menggaru kepala)

Orang J : muka sebar fitnah. orang ni camni, orang ni camtu….padahal, cakap ikut sedap mulut dia je

Orang K : nampak macam ok je…bagus budak ni, nampak soleh. cop cop cop tunggu dulu. laaa.. nampak je macam senyap…asyik chatting dengan pompuan rupa-rupanya

---------------------------------------------

banyak jenis orang lagi sebenarnya. ni sebahagian daripadanya je..

- kalau orang tanya : bro, salah ke kalau aku guna facebook camni?
- saya akan jawap : masa kita hanya ada 24 jam sehari. kalau rasa benda-benda tu boleh jadi saham akhirat, teruskanlah. kalau rasa macam tak...tinggalkan je la, boleh tak?

*p/s : try tanya diri sendiri...aku ni yg mana satu ea? (^_^)

Tuesday, March 5, 2013

nak tuntut hutang pun malu ke?

Situasi : orang A yang berhutang dengan orang kaya (orang yang berduit)

Ni antara dilema & rasa serba salah orang kaya time nak tuntut hutang dari orang A (tak kiralah sama ada orang A tu kaya ataupun miskin)...

1) segan la nak tuntut hutang dengan dia...nanti dia cakap...
- "harap je kaya...kedekut rupa-rupanya"
- "ala...ko kan kaya, halal je la"
- "dengan aku yang miskin (tak berduit) ni pun ko nak berkira ke?


2) nanti orang A tu bgtau orang lain yg aku tuntut hutang dari dirinya...malu la aku

3) kalau orang lain dapat tahu yang aku ni berkira giler bab2 hutang ni...conform diorang cop aku macam2...taknak aku kena cop camtu



kenapa perlu malu/rasa rakut/rasa serba salah time nak tuntut hutang? sebabnya...

1) tak kiralah korang kaya ataupun tak, bukankah tu hak korang? kenapa perlu rasa takut/segan untuk tuntut harta sendiri?

2) kalaulah dia tak boleh bayar time tu...bukankah secara tidak langsung korang boleh tahu keadaan semasa kewangannya?

3) boleh jadi sebenarnya dia terlupa. bukannya dia taknak bayar....tapi dia terlupa. korang yg ingat psal hutang tu pulak kenapa pendam je sorang2? pastu, dendam x tentu pasal pulak tu...

4) kalau orang cop korang ni kedekut, hutang pun berkira...so what? dalam al-Qur'an pun ada ayat tentang hutang kan? Allah siap suruh catat lagi hutang tu....bukankah kita ni cuma praktikkan je ayat al-Qur'an tu? kenapa perlu kisah sangat dengan kata-kata orang? kita yang sedekah & infaq punya la banyak selama ni....ada dia pernah ambik tahu? biar je la orang camtu....Allah lebih tahu siapa diri kita yang sebenarnya....

5) sebenarnya, daripada korang halalkan (sedekahkan) kt orang yg meminjam tu....lebih baik la korang tuntut balik duit tu. duit yg korang halalkan tu...orang A tu je la yang dapat manfaatnya. kalaulah orang A tu pulangkan balik duit korang tu...korang boleh guna untuk tolong & pinjamkan kt orang2 lain yang susah pulak...manfaatnya lebih banyak (boleh baca blog Sr. Asyraf Wajdi psal benda ni)

dan baaaaanyak lagi sebab2 yang menyebabkan korang x perlu rasa segan/serba salah/malu untuk tuntut hutang...saya je malas nak tulis (^_^)

--------------------------

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu" (2:282)

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”