Monday, January 28, 2013

kita bukan robot!

ramai orang suka hidupnya berjadual. sebab tu la tak hairan apabila ramai orang ada jadual belajar masing-masing. respest bro!

jap2....mmmm, korang ikut tak jadual yang korang buat tu? mesti korang fed up kn bila tak dapat ikut jadual yg korang dah penat2 buat? then, stress tak tentu pasal....last2 sekali, semua benda tak jadi. betul tak?

------------------------------------

cukuplah kalau korang set dalam minda, "AKU AKAN PASTIKAN SETIAP PERKARA YANG AKU BUAT ADALAH BERMANFAAT"

merancang dalam hidup memang tidak salah. tapi, kita bukan robot yg 100% akan buat seperti yg dirancang. kita juga bukan tuhan yg boleh pastikan semua benda berlaku seperti yg dirancang.

kita adalah manusia yg lemah...

you're planning to fail if you fail to plan....that's right.
but,
you're also planning to fail if you fail to plan (for a comeback)




asasnya mudah, "AKU AKAN PASTIKAN SETIAP PERKARA YANG AKU BUAT ADALAH BERMANFAAT"

*p/s : kita takde masa untuk futur & rasa down
(الواجبات أكثر من الأوقات)

(^_^)



apa hukum main game & tengok movie?

komen pembaca : Salam. Ustaz, apa hukum kita pergi TENGOK WAYANG?

Dr. Zaharuddin Abd Rahman : "Kalau rasa BAIK DAN REDHA untuk MATI didalam panggung wayang tu, boleh la pergi selalu.."

--------------------------------

soalan : Salam. Bro, apa hukum kita MAIN GAME & TENGOK MOVIE?

jawapan : "Kalau rasa BAIK DAN REDHA untuk MATI time main game & tengok movie, boleh la buat selalu.."


* p/s : tiada kaitan antara yg masih hidup ataupun yg telah mati. tepuk dada tanya iman (^_^)

kalau korang...isteri korang mesti...


- kalaulah kita ni jenis orang yg suka call perempuan malam2 tanpa urusan penting,
- kalaulah kita ni jenis orang yg liat bangun solat,
- kalaulah kita ni jenis orang yg malas (baloq liat)

jangan terkejut...

- kalau isteri kita nanti jenis orang yg suka call lelaki malam2 tanpa urusan penting,
- kalau isteri kita nanti 2X5 macam kita....subuh dinasour & susaaaaah sangat nak bangun solat
- kalau isteri kita nanti pun jenis yg x diharapkan...malas bebenor

----------------------------------------

pernah dengar tak Allah brfirman....


(^_^)

hahaha! manusia-manusia pelik menjelang tahun baru (^_^)


seperti biasa setiap kali menjelang tahun baru, MESTI akan ada insan-insan yg berkelakuan pelik & melucukan. contohnya...

- akan ada insan yang merasakan dirinya adalah seorang yang hebat tahun tu kerana excel dalam akademik...sedangkan dia tak sedar yg dirinya tu HANYA TAHU baca buku-buku silibus universiti je. buku-buku lain? minta maaf la...

- akan ada insan yang berasa sangat seronok apabila dia lihat tahun tu, dirinya ada segala-galanya. isteri, family, kereta, pekerjaan dan macam-maaacam lagi.....sampai dia terlupa pada penderitaan golongan miskin, rakyat Palestin, Syria dan masyarakat dunia yg lain

- akan ada insan yang merasakan dirinya insan yg paling bertuah pada tahun tersebut kerana hidupnya dalam keadaan yang aman & sentosa, takde peperangan. pendek kata, semua ok la. opps...semua tu selama-lamanya kekal ke?

- akan ada insan yang seronok apabila memikirkan dirinya sudah menjadi semakin matang, seiring dengan pertambahan umur...konon-kononnya makin dekat la dengan gerbang perkahwinan. dia terlupa ke yang pertambahan umur juga memberi maksud diriniya tu dah semakin dekat dengan kematian??

-----------------------------------

hidup untuk mencari kebahagian diri sendiri memang la senang. cuba la fikir tentang nasib & keadaan orang lain juga...

moga-moga saya tidak akan melihat lagi kelakuan pelik & melucukan pada tahun ini menjelang tahun baru 2013 pada esok hari (^_^)

---------------------------------

"orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati & sentiasa bersedia menghadapinya"

kenapa?

fikir-fikirkan.... (^_^)




* p/s : salam tahun baru. salam perubahan. moga kita menjadi ummah yg lebih baik dari sebelumnya

Sunday, January 27, 2013

Mahasiswa = Tin Kosong

- kita marah pada pihak yg cuba untuk menghalang mahasiswa bersuara,
- kita marah pada pihak yg cuba menghalang mahasiswa berdemonstrasi
- kitala jugalah yg menjadi antara orang2 yg paling terkehadapan dalam membicarakan tentang hak-hak mahasiswa

tambahan lagi...

- kita selalu cakap mahasiswa perlu berani bersuara
- kita selalu cakap mahasiswa perlu ada prinsip
- kita selalu cakap mahasiswa jangan jadi pengecut

tapi....

- KITA jugalah mahsiswa yang selalu main game
- KITA jugalah mahasiswa yang selalu tengok movie
- KITA jugalah mahasiswa yang banyak tidur

-------------------------

kononnya sebagai seorang pembela hak-hak mahasiswa;
JANGAN jadi macam tin kosong...bunyi je kuat, hasil takde pun (>_<)


*p/s : mmmm...ape yg korang buat lepas habis exam? pastu...ape yg korang dah buat time cuti ea?