Sunday, December 2, 2012

teringin nak derma duit banyak-banyak, tapi...


seronok bila dapat lihat orang berlumba-lumba nak menderma untuk rakyat Palestin (Gaza), sumbangan sampai boleh mencecah ribuaan ringgit...respect!

tapi,

sedih sebenarnya apabila diri sendiri tak dapat menderma sebanyak tu...ye la, kita ni sape? mane ada duit sebanyak tu..

namun, bila teringat kata-kata seorang ustaz...

"kalau kamu tak mampu menyumbang dari sudut kewangan, kamu sumbang la dari sudut perkhidmatan (service"

------------------------------------------------------

Kadang-kadang, kita terlupa bahawa kita dikurniakan tenaga & tubuh badan yang sempurna.

Kalau tak mampu menjadi seorang jutawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan
Kalau tak mampu menjadi seorang hartawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan
Kalau tak mampu menjadi seorang dermawan, kita boleh jadi seorang sukarelawan

Just spread the words using fb/twitter, wearing button, keep reciting doa & baaaanyak lagi cara yg kita boleh gunakan untuk menyumbang

---------------------------------------------------------

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin DIRI dan HARTA mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh..." (at-taubah : 111)

-----------------------------------------------------------

cuba ambil pengajaran dari kata2 Hiruma Yoichi (antara watak utama dalam komik Eyeshield 21) :

" we don't have time to waste asking for things we don't have. we can only look for the best way to fight with the things we have "
(^_^)



Apa maksud fardhu kifayah?


kt bawah ni adalah beberapa contoh cara menjawab yg mudah & standard bagi soalan2...

Soalan 1 : Apa itu fardhu 'ain?
Jawapan : perkara yg setiap orang Islam perlu buat

Soalan 2 : Apa itu fardhu kifayah?
Jawapan (cara pertama) : perkara yg apabila ORANG LAIN dah buat, KITA dah tak perlu buat

kenapa soalan kedua kita tak jawab macam kt bawah ni?

Soalan 2 : Apa itu fardhu kifayah?
Jawapan (cara kedua) : perkara yang apabila KITA dah buat, ORANG LAIN dah tak perlu buat

nampak simple kn? tapi perasan tak, cara kita menjawab soalan kedua tu melambaNgkan dua keadaan yg berbeza (walaupun memberikan maksud yg sama)?

-------------------------------------------

kadang-kadang, kita lebih selesa pass tanggungjawab kt orang lain kn? sedangkan, diri sendiri tak pernah cuba pun nak pikul tanggungjawab tu

mungkin ni antara punca masalah2 yang berlaku kt umat Islam sekarang.... (>_<)






Sahabat yang baik adalah...


Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.)

“ Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (Tarmizi) "

-----------------------------------------

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati." (^_^)