Friday, November 23, 2012

1 Muharram : [ Pantun 2 kerat ]


orang lain berduka menyambut awal tahun hijrah mengenangkan betapa lama kita dijajah,
orang kita suka ria menyambut awal tahun hijrah kerana membayangkan hari cuti yang indah.

orang lain syahid mati berjuang di medan perang,
orang kita syahid atas tilam kerana tidur yang panjang.

orang lain lain tengah sibuk menelaah buku,
orang kita tengah sibuk melayan game PES season baru.

adakah budaya hidup kita salah?
kalau itu cara hidup Rasulullah...maka teruskanlah

------------------------------

biasanya tarikh 1 Muharram dijadikan sebagai hari cuti...

maka amat rugilah bagi sape2 yg menyambut awal tahun baru Islam ini & memulakan azamnya dengan tidur dari lepas subuh hinggalah waktu tengah hari

-------------------------------

kenapa kita masih mampu tidur lena sedangkan rakyat Gaza tengah sedih & menderita? siapa lagi yang akan tolong diorang kalau bukan kita?

kenapa kita masih boleh ketawa sedangkan masyarakat dunia Islam yang lain sedang menangis?

-------------------------------

special pray for Gaza & Syria

salam 1434 hijrah,
semoga kita berubah
(^_^)


kenapa takut untuk tanya soalan?


semenjak dari zaman sekolah rendah sampai la zaman pra-universiti, bila diberi peluang untuk bertanya di hadapan ramai orang...

- ada orang yg malu-malu nak bangun....katanya, "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- ada juga yg segan-segan nak angkat tangan...katanya," aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kat sini"
- tak kurang juga ada yg cakap slow2 dengan kita (tapi dengan nada bersema
ngat & suara yg berapi-api)
..."aku rasa keadaan sepatutnya camni la". tapi, bila disuruh bangun untuk bagi pendapat...kesudahannya..."xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

RAMAI ORANG yg ada soalan2 yg bagus & idea-idea yg bernas sebenarnya. tapi, tak nak bersuara hanya dengan alasan...

- "malu la aku, ada perempuan tengok nanti"
- "aku tak berani la nak tanya, perempuan ramai sangat kt sini"
- "xp la, ko je la yg tanya...aku ni malu skit"

bila fikir-fikir balik...

- kalau ada perempuan-perempuan tengok korang time korang tanya soalan/bagi pendapat....so what? ada masalah ke?
- korang ingat diorang akan terpikat dengan korang ke bila korang tanya soalan/bagi pendapat? (kalau jawapannya ya, macam mudah sangat je perempuan tu terpikat...)
- katakan ada perempuan yg terpikat pun...then? korang memang kena kahwin dengan dia ke?
- kalau ada 10 ada perempuan yg terpikat time korang tanya soalan/bagi pendapat (situasi yg mustahil sebenarnya)...then? korang kena dkahwin dengan semua perempuan2 tu la?

ni adalah contoh sindrom-sindrom pelik yg menimpa sebahagian kaum lelaki. rasanya kalau perempuan pun sama jugak keadaanya...

----------------------------------------------

idea & pendapat kita tidak akan selama-lamanya kekal dalam ingatan. boleh jadi kita sebenarnya mampu membuat PERUBAHAN BESAR dalam masyarakat dengan idea & pendapat kita (yg mungkin sangat bernas & bermanfaat...rugi kan?)

janganlah sekat potensi & akal kita daripada berfikir dengan perasaan hati yg BUKAN-BUKAN & TAK LOGIK








* p/s : bila masuk universiti ni, rasanya golongan2 yg disebut dalam dialog2 kt atas dah tak wujud kut (^_^)

alahai perempuan...


dulu-dulu, kalau nak baca diari orang sangatlah susah. dah benda tu rahsia, takkan mudah-mudah je nak bagi oarang baca kan? kalau diari perempuan jangan cakap la, confirm tak dapat baca punya.

tapi, tu dulu. sekarang tak lagi. kalau nak baca diari someone, korang buka je account facebook/twitter dia, memang memanjang je update status. post tentang bangun tidur, makan, cinta, sedih & baaaaaaaaaanyak lagi.

sekarang, facebook & twitter dah jadi diari manusia. dah takde rahsia lagi dah...semua orang boleh baca. kadang-kadang tu, fb/twitter lagi tepat dari dunia sebenar.

sebab tu la ada orang yang depan mata kita nampak senyap je. tapi kt laman sosial, terkejut bro, 100% x sama. ada jugak orang yg kalau kita jumpa kat luar, muka memang tunduk ke bumi je. tapi kt fb/twitter, perangai tak sama langsung. pelik kan? kenapa perangai kat luar & dalam tak sama ea?

lawak jugak kalau ada2 yg nak cari publisiti & keseronokan sementara dengan post yg ntah ape2 kt fb/twitter. macam desperate je nak dapatkan perhatian orang lain...(>_<)

Betul la, hidup jangan jumud. tapi, jangan la hanyut sangat.

----------------------------------------

ada orang cakap, nak pilih pasangan untuk kahwin nanti...try check fb/twitter orang tu. insyaAllah, perangai sebenarnya hampir sebijik sama dengan yg ada dalam laman sosial. betul ke? (^_^)