Saturday, October 27, 2012

sia-sia je baca al-Quran


kadang2, kita rasa tidak selesa menonton cerita Hollywood, Bollywood atau Korea tanpa subtitle...rasa macam kurang menarik kerana ceritanya kurang difahami dan dihayati.

tapi,

bila fikir-fikir balik...kita tak pernah rasa rugi apabila membaca Al-quran tanpa terjemahan dan memahami isi kandungannya kan?


masalah betul la minah ni




bila kita jumpa orang-orang yg bermasalah & selalu ganggu kita buat benda baik, kita akan fikir...

- teruk betul la budak ni. asyik2 muka dia je yg buat masalah...mak bapak dia tak pernah ajar buat baik ke?
- budak ni lagi yg buat masalah...takde org lain ke? pernah belajar agama ke tidak dia ni?
- kenapa la dia selalu kacau aku buat benda baik? bukannya aku buat benda jahat pun...dia ni memang takde kerja lain ke?
- memang gelap la masa depan budak ni...sekali pandang pun dah tau

tapi, pernah tak kita terfikir yang mungkin...

- background budak ni bukan macam kita...kita mungkin la datang dari background family yg baik2. dia? mak bapak dia selalu gaduh2, ada korang pernah kisah? familly dia yg tunggang-langgang, ada pernah korang ambik tahu?
- dia ni bukannya ada basic agama sangat pun...sekolah pun biasa2 je. korang ni yg dari sekolah agama & belajar agama dari kecil lain la. try korang duduk kt tempat dia...
- dia jadi camni pun sebab korang jugak. korang pernah ke explain kt dia baik2? ni tak...kalau jumpa asyik nak bertekak je. kalau boleh memang xnk tengok langsung muka dia

--------------------------------------------------

kalaulah kita pandang org dengan pandangan seorang guru disiplin....maka kita akan nampak kesalahan dia je

so,


pandanglah sebagai seorang guru kaunselor...nescaya kita akan terlebih dahulu berfikir untuk merasionalkan perbuatan tersebut sebelum dimuktamadkan dengan membuat penilaian yang sesuai...

pandanglah dia dengan pandangan seorang guru kaunselor...maka kita akan berusaha sedaya upaya supaya dia menjadi "anak didik" kita yang berjaya! (^_^)

نحن دعاة وليس قضاة

* p/s : analogi guru disiplin & guru kaunselor di atas xd kaitan antara yang hidup mahupun yg mati

Wednesday, October 10, 2012

pernah tak korang...


hari ni mula kuliah kuliah bagi semester baru. biasanya time hari2 awal mula kuliah ni ramai yang bersemangat & berazam tinggi2 (^_^). biasanya dalam kalangan student2...

- ramai je yang buat jadual blaja. (contohnya : hari ni nak study subjek A & B, esok study subjek c & D etc. )....bagus2
- ramai jugak yang suka stay up malam2. kalau bangun tengah malam korang x nampak dia study memang pelik la...

- ada yang hampir 24 jam je menghadap buku...blaja sentiasa. memang super rajin ni
- ada jugak yg jenis suka buat nota ringkas subjek2 yang dipelajari...memang colourful habis nota2 tu

dari ZAMAN SEKOLAH MENENGAH sampai la ZAMAN UNIVERSITI, ni je la student2 yang saya SELALU nampak.




saya TAK PERNAH NAMPAK mana2 student yang...

- buat jadual untuk tadabbur BAGI memahami al-Quran
(contohnya : hari nak baca terjemahan /tafsir ayat x, esok ayat Y pulak dsb.)...al-Quran memang x kena study untuk faham ke?
- RELA bangun malam SEMATA-MATA untuk "study al-Quran"....al-Quran tak penting kn untuk difahami? buat apa nak stay up...

saya TAK PERNAH NAMPAK mana2 student yang...
- super rajin CUBA memahami al-Quran....mungkin sebab al-Quran bahasanya mudah nak difahami kut
- buat nota2 ringkas & lekat sticky notes bagi mana2 ayat al-Quran...tak penting ke al-Quran ni?

-------------------------------------

kita akan rasa PELIK kalau sape2 yang ada background medic, dentistry, engineering & etc. yang xd kaitan dengan bidang agama cakap tentang al-Quran...

- kenapa nak pelik? bukankah al-Quran diturunkan untuk SEMUA umat manusia? bukankah menjadi KEPERLUAN untuk SEMUA manusia memahami al-Quran?
- Allah turunkan apa sebagai PANDUAN HIDUP manusia? al-Quran kn? adakah Allah turunkan buku biochemistry, physics, economics dsb. sebagai panduan hidup kita???

bukankah kita SEPATUTNYA PELIK kalau...

- ada golongan profesional tak boleh bercakap soal agama & al-Quran? kenapa MENGANAK TIRIKAN al-Quran berbanding bidang yang diceburi??

--------------------------------------

- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan ustaz2
- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan penceramah2
- al-Quran BUKAN HANYA diturunkan kepada golongan pendakwah bebas

SESUNGGUHNYA
al-Quran diturunkan untuk SEMUA MANUSIA

- amat rugilah kalau kita boleh berjaya dalam pelajaran SEDANGKAN kita gagal dalam memahami al-Quran
-amat rugilah kalau kita boleh berjaya dalam kerjaya SEDANGKAN hidup kita tidak berlandaskan al- Quran
- amat rugilah kalau kita boleh bercakap tentang macam2 perkara SEDANGKAN kita gagal untuk relate walau satu pun ayat al-Quran dalam hidup kita

* semoga kita sentiasa berusaha menjadi GENERASI AL-QURAN (^_^)