Monday, September 10, 2012

let's become a revivalist!


change something before you can't change anything


but





cara-cara nak ubah masyarakat ialah...


- ramai orang fikir dengan banyak membaca masyarakat akan berubah,
- ramai orang fikir dengan banyak menulis masyarakat akan berubah,
- ramai orang fikir dengan banyak memberi talk masyarakat akan berubah




tapi,

- ramai yang terlupa bahawa kita sebenarnya mahu membina manusia, bukannya robot
- ramai yang terlupa bahawa kita sebenarnya mahu menyentuh hati manusia, bukannya akal semata-mata
- ramai yang terlupa adakah SEMUA kelompok masyarakat membaca & mendengar apa yang ditulis, dicanang & diperdebatkan?

masyarakat kita terdiri daripada banyak kelompok. ada golongan intelektual, biasa2 & golongan yg tidak tentu hala

- rasanya kita perlu lebih banyak turun padang,
- rasanya kita perlu lebih banyak berfikir sebelum bertidak rambang

------------------------------------------------------------------

JANGANLAH fikir title YB itu membawa maksud Yang Berhormat & Yang Bersuara,
YB tu sebenarnya adalah Yang Berkhidmat & Yang Bekerja

-------------------------------------------------------------------

kita perlu membina masyarakat yang berfikir bersama kita,
bukannya SEKADAR membina masyarakat yang HANYA TAHU mengiktiraf kita sebagai pemikir





* p/s : tambahan dari seorang pak cik, YB juga membawa maksud Yang Berdakwah (^_^)

benci DIRI SENDIRI dulu la...


- bila kita tengok orang lain lepak2 & buang masa, kita rasa tak selesa & tak suka
- bila kita tengok orang lain buat maksiat, kita melenting & rasa benci kt orang tu
- bila kita tengok orang lain seronok2 time kita tengah susah, kita rasa macam nak pukul je orang tu...kita fikir dia ni mesti tak faham diri kita







tapi...








- bila diri kita buang masa, kenapa kita masih boleh rasa selesa & tak benci dengan diri sendiri?
- bila diri kita buat maksiat, kenapa kita tak melenting & benci dengan diri sendiri??
- bila diri kita seronok main game ketika mana orang lain tengah bermandi darah melawan musuh Islam, kenapa kita tak benci dengan diri sendiri???

---> kita SELALU benci kt orang, kenapa kita TAK PERNAH bencikan diri sendiri????? ]





- tegakkan Islam dalam diri kita dulu, barulah Islam akan tertegak di muka bumi Allah -


* p/s : tambahan dari seorang insan, "kenapa kita tidak marah dan benci bila yang melakukan itu adalah abang, kakak, adik, ibu dan ayah kita...mereka sepatutnya orang yang kita kasihi dan hendak kita lindung, betul kan?"

peliharalah DIRImu dan AHLI KELUARGAmu

sama ada baik ATAUPUN buruk. Confirm!!!


Kita ada 24 jam dalam sehari. dalam kehidupan seharian, kita TIDAK TERLEPAS daripada melakukan salah satu daripada 2 perkara; iaitu perkara baik ataupun perkara buruk.




Kalaulah setiap hari yang dilalui kita fikir kita tidak melakukan perkara2 yang baik...PERCAYALAH, kita sebenarnya telah/sedang mengisi hari2 kita dengan perkara2 yang buruk & tidak bermanfaat. pengakhiran kita sama ada syurga ataupun neraka. so,pilihlah! (>_<)

Allah ada kt masjid je ke?


[ teringat kenangan di IPTA... ]


time Ramadhan ni, seronok sangat bila pergi masjid waktu terawih. ye la...

- sejuk mata bila tengok semua perempuan pakai pakaian yg menutup aurat...rasa tenang je hati ni (^_^)
- yang lelaki pun boleh tahan jugak...pakaian semuanya smart2...handsome2 je semua (^_^)

tapi, bila dah balik dari masjid....rasa macam pelik sangat bila

- nampak ada perempuan yg bila balik je dari masjid....tudung tiba2 je dah hilang (rasa2 kena angin dah tiup kut). ada jugak yg tiba2 je pakaiannya jadi ketat2
- lihat ada lelaki2 yg sebelumnya berjubah, berbaju melayu & pakai lawa2....bila balik je (bilik) tiba2 tinggal seluar pendek je (habis aurat terbuka)

- knape jadi camni ye? Allah tu ada kt masjid je ke?