Friday, June 22, 2012

duit oh duit


nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak membaca,
nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak mengembara,
nak jadi orang yang hebat kita perlu banyak bercampur dengan manusia

membaca, mengembara & bercampur dengan manusia....
adakah pelaburannya percuma?

----------------------------------------------------


untuk menjadi orang biasa pelaburannya memang murah,
untuk menjadi lebih baik daripada orang biasa pelaburannya???

* things to think (>_<)
* maka beruntunglah orang-orang yang berduit (>_<)

kita ni macam bola kan?


kita ni ibarat bola...



1) bola dicipta supaya manusia boleh bermain & beriadhah dengannya, sekali gus....kehadirannya menyebabkan manusia itu menjadi sihat & mendapat manfaat dengan bermain dengannya. Itulah kita. Kehadiran kita bukanlah tanpa tujuan yang jelas. tetapi sebenarnya adalah untuk memberi manfaat kepada manusia lain.

2) bola fitrahnya untuk disepak, ditendang & diterajang. namun sebenarnya, kewujudannya memberikan kebahagiaan kepada manusia. Itulah kita. Dalam mengajak orang ke arah kebaikan, biarlah kita disepak, ditendang & diterajang. Bukankah itu sunnatullah perjuangan? Biarlah itu semua, asalkan kita mampu memberikan kebahagian hakiki di syurga nanti

3) bola bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia setempat, malahan sebenarnya memberi manfaat kepada manusia secara global. Itulah kita. Kehadiran kita sepatutnya memberi manfaat kepada manusia seluruhnya.

4) setingga mana pun bola itu berada, ia akan turun ke tanah jua. Itulah kita. Setinggi mana pun kita diangkat, kita akan rebah ke muka bumi juga akhirnya.

5) bola itu warnanya pelbagai. warnanya berubah mengikut cita rasa setempat. Itulah kita. Warna itu ibarat teknik menyampaikan kebaikan. (warna) teknik kita menyampaikan kebaikan tidak statik. kita fleksibel untuk menyampaikan kebaikan menggunakan teknik yang berbeza-beza. tujuannya? supaya manusia selesa & menerima kehadiran kita dalam hidup mereka

'Ibrah dari sebiji bola sebenarnya cukup banyak. Cara mendapatkannya? BERFIKIR. itulah jawapannya.

(^_^)

Wednesday, June 13, 2012

Nikmat = Amanah


mungkin ramai yang tak sedar bahawa besarnya sesuatu NIKMAT tu, sebenarnya membawa bersama AMANAH yang besar. sebab tu la...

- ada orang guna duit tajaan banyaknya untuk melancong & membeli gajet2 baru je....sedangkan macam2 benda lagi boleh buat dengan duit tu. tapi, kalau perbuatan tu disertai bersama niat & matlamat yang jelas..xp la
- ada lelaki2 & orang2 yang seronok kalau dapat banyak duit & harta dalam kes pembahagian harta pusaka....diorang tak sedar kut yang duit/harta tu sebenarnya bukan untuk dorang semata-mata....duit tu datang bersama tanggungjawab yang sangat berat

ada juga yang...

- berlagak & sombong sebab rasa macam dia lebih pandai dari orang lain...sedangkan dia tak tahu yg Allah bukannnya saje-saje je bagi dia pandai. ada orang yang memerlukan tunjuk ajar & perhatian darinya sebenarnya
- rasa best & seronok habiskan masa kosongnya dengan tidur & buat benda2 yg tak berfaedah....padahal Islam dah banyak kali pesan tentang masa...bila dah nak mati nanti baru la nak sedar kepentingan masa & baru la nak sedar yang sebenarnya banyak lagi tanggungjawab yang tak settle & kena buat time2 free tu






" Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui " (2:216)


bila baca maksud ayat ni, tak risau ke dengan nikmat2 yang ada?(>_<)

* pelaburan itu bukannya untuk dunia je, ingat la akhirat sekali
* mengapa perlu risau pandangan manusia kalau kita yakin bahawa pandangan Allah itu yang lebih utama?

Monday, June 4, 2012

...jangan join persatuan/NGO/mana-mana pertubuhan dakwah !!!


ramai yang nampak, kalau join persatuan/NGO/mana2 pertubuhan dakwah, seseorang tu kena rela KORBANKAN…
- masa study masing-masing & result exam

tapi, tak ramai yg nampak...kalau join persatuan/NGO/mana2 pertubuhan dakwah, perkara sebenar yang PERLU DIKORBANKAN & DIKURANGKAN adalah…

- waktu tidur (yang berlebihan)…asyik-asyik tidur je lepas subuh, kenapa tak guna time tu untuk belajar?
- waktu bermain game…tak salah main game. tapi, kalau setiap malam & hampir setiap hari boleh main game, tu dah lebih…
- waktu-waktu berseronok (tonton movie2 yg tak berfaedah, sembang2 kosong dll)…dah kau tu semakin sibuk, takkan la tak reti-reti bahagikan masa lagi?

* gunakan masa sebanyak 24 jam sebaiknya *
* hidup untuk memberi *

(^_^)



Sunday, June 3, 2012

aduhai suratkhabar...kenapa jadi macam ini?


teringat time kecil2 dulu...

- mak & ayah mesti suruh tukar channel lain kalau masa tengah2 tonton tv tu, tiba2 je ada iklan2/babak yg tak elok (macam babk perempuan seksi)
- selalu baca berita polis buat serbuan & rampasan barangan2 lucah...gambar2 & video2 lucah habis kena sapu oleh diorang
- ustaz selalu pesan yg penghafaz al-quran ni tak boleh tengok benda2 tak elok...cepat lupa hafalan nanti

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- mak ayah boleh ke elakkan anak2nya baca/tengok yg tak elok? suratkhabar percuma kt sekolah ada je gambar 18 SX...
- kenapa polis tak buat rampasan suratkhabar & Utusan hari ni (2/5/2012) & hari2 sebelum ni? tak cukup lucah ke?
- kesian kn dekat penghafaz al-quran? diorang nak baca suratkhabar untuk jadi huffaz yg celik...bila banyak benda2 tak elok ni, nak baca pun dah takde mood kn?


dan zaman sekolah dulu...

- suka sangat baca surat khabar...ye la, sebab nak tau result bola sepak team favourite masing2
- surat khabar ni dah jadi macam kewajipan buat budak2 yang masuk debat...nak dapat update isu2 semasa untuk modal perlawanan nanti
- ambil berita2 dalam suratkhabar untuk dibincangkan time usrah

tapi, bila baca suratkhabar sekarang, terfikir juga...

- banyak sangat benda yg macam tak boleh percaya...boleh jadi bukti time lawan debat nanti ke?
- asyik2 cerita tentang pergaduhan politik & benda2 lucah...bagus ke benda ni jadi topik perbualan & perbincangan ilmiah?

* sentiasa mengharapkan media yang lebih berilmiah *
* harapnya kita tidak menjadikan politik itu sebagai
KIBLAT/TUHAN *

(^_^)





kenapa aku takde kelebihan macam orang lain ????


bila kita lihat KELEBIHAN yang ada pada orang lain, kadang2 tu kita...

- FRUST...aku bengang betul la dengan dia ni. study malas, tapi boleh je pun score dalam exam...mentang2 la genius
- rasa DOWN...aku ni takde rupa, muka tak cantik...ntah2, sampai bila2 pun aku takkan kahwin
- rasa macam Allah ni tak adil je...kenapa Allah tak jadikan aku macam tu? kenapa??

sebenarnya...

tidak perlu bersedih sekiranya anda mempunyai kelebihan yang paling MINIMA berbanding orang lain...yg paling penting, gunakanlah kelebihan & kemampuan anda secara MAKSIMA

teorinya mudah :
- bayangkan anda mempunyai 5 kelebihan. tetapi, anda hanya menggunakan 2 kelebihan je sebaiknya. so, efficiency of usage hanyalah 2/5 (40%)
- bayangkan pula kalau anda hanya mempunyai 1 kelebihan je. namun, anda manfaatkan kelebihan tu sebaiknya...bukankah efficiency of usage adalah 1/1 (100%)? mana yang lebih baik?

* insyaAllah, setiap orang ada kelebihan masing2 (^_^)



cuba ambil pengajaran dari kata2 Hiruma Yoichi (antara watak utama dalam komik Eyeshield 21) :

" we don't have time to waste asking for things we don't have. we can only look for the best way to fight with the things we have "

(^_^)

Saturday, June 2, 2012

Selamat Hari Guru !!!


- hari ini, kita kagum dengan kepetahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berpidato
- hari ini juga, kita kagum dengan pemikiran & kelantangan Profesor Tariq Ramadan dalam memberikan pendapat
- tidak dinafikan juga, hari ini kita kagum dengan Dr. Yusuf al-Qaradawi kerana kemampuannya dalam mengeluarkan fatwa yang bersifat kontemporari

dan pada hari ini, kita bangga kerana..

- telah/bakal bergelar doktor pakar dengan bergaji lima angka
- telah/bakal bergelar arkitek yang bertanggungawab membina bangunan-bangunan pencakar langit
- telah/bakal bergelar ustaz/ustazah yang sering menjadi tempat rujuk soal2 agama

[ PERCAYALAH ]

di sebalik kejayaan kita & orang2 hebat di atas...SEMUANYA bermula dengan...

" GURU "

yang mengajar kita menulis, membaca & mengira

---------------------------------------------------------------------------

kepada semua pihak2 & guru2 yang mengajar saya dari kecil hinggalah sekarang...saya :

- meminta maaf atas segala kesalahan
- mohon supaya dihalalkan segala ilmu yang diberi
- harap agar dapat sentiasa mendoakan saya menggunakan ilmu2 yang diberikan ke arah kebaikan & diberkati Allah
- mengucapkan terima kasih atas segala ilmu & keringat yang dilaburkan

" SELAMAT HARI GURU !!! "

(^_^)


MAHU VS PERLU


orang yg hebat bukanlah orang yang bercakap semata-mata kerana dia MAHU bercakap,
tetapi orang yg hebat adalah orang yg hanya bercakap apabila dia PERLU bercakap.

orang yg hebat bukanlah orang yang menulis semata-mata kerana dia MAHU menulis,
tetapi orang yg hebat adalah orang yg hanya hanya menulis apabila dia PERLU menulis.

[ MAHU vs PERLU ]

dua perkataan yg memerlukan perhatian yg sewajarnya. bezakan keduanya.

-----------------------------------------------------------------------

berdebat merupakan salah satu cara berkongsi & membina idea,
bukannya satu-satunya cara yang ada

------------------------------------------------------------------------

perkara yg lebih utama adalah...

kita perlu membina masyarakat yang berfikir bersama kita, bukannya membina masyarakat yang hanya tahu mengiktiraf kita sebagai pemikir