Saturday, September 24, 2011

'Audah : ada ke lagi remaja macam dia sekarang...?

Ada sorang remaja ni, umurnya baru nak masuk 20 tahun. Tapi, dia ni lain sikit compare dgn orang2 yg sebaya dengannya. Namanya…
* * *
‘Audah (bukan nama sebenar). Kalau sekali pandang,’Audah ni nampk macam orang biasa je. Nak kata handsome, muka biasa2 je. Nak kata pandai, result exam takde la gempak sangat pun. Tapi, ada satu benda yang buatkan ’Audah ni special...

Dia ingat lagi time sekolah menengah dulu masa dilantik jadi pengawas sekolah. Stress betul dia bila kena jadi pengawas ni. Berkali-kali dia jumpa guru disiplin nak resign tapi cikgu dengan tanpa komprominya tolak permohanan ’Audah ni. Dia bukannya nak tolak tanggungjawab, tapi dia sure, mesti perit punya kalau dia tetap kena jadi pengawas. Seperti yang diduga, ’Audah terus dapat layanan kelas kedua bila pegang jawatan pengawas ni. Ye la, kalau pengawas nak dapat layanan kelas pertama dari student2 lain, pengawas tu kena tolong student2 simpan handphone supaya tak kena rampas, kena simpan rahsia kegiatan diorang yang salah dan macam2 lagi yang tak sepatutnya seseorang yang bergelar pengawas lakukan. Apa lagi, student lain terus cop dia dengan gelaran “pengawas skema”. Yang paling dia tak boleh terima bila kawan2 yg satu batch buat tak endah je kat dia. Sebelum jadi pengawas, diorang ni ok je dengan dia, tp sekarang…? Bertimbun-timbun soalan dia simpan dalam kepala. Dia monolog je sorang2. “…Salah ke aku tak tolong diorang simpan handphone supaya tak kena rampas? Salah ke aku jalankan tugas aku? Kenapa orang yang buat benda baik selalu kena pulau? Betul ke yang aku buat ni..?”

Tapi lastly, dia tetap berpegang pada prinsipnya.”… Biar la kalau orang taknak kawan dengan aku pun, aku tak kisah. Yang penting, aku buat kerja ni sebab tanggungjawab. Benar tetap benar, salah tetap salah…”

Antara gejala serius budak2 sekolah esp. yang tinggal kat asrama adalah fly (keluar asrama tanpa kebenaran) dan couple. Kawan2 dia selalu cakap," time remaja ni la masa nak enjoy.… Kita kena cuba semua benda time muda2 ni. Rokok, fly, main game kat cyber café dan couple. Semua benda tu kena cuba bro. Bila dah tua nanti, kita taubat la…” “…Betul ke apa yang diorang cakap ni? Bukan ke semua benda tu buang masa je? Memang best kalau dah ada awek, ada la jugak tempat nak luahkan perasaan. Boleh hantar mesej2 nasihat, pegang tangan permpuan tu dan macam2 lagi…macam rugi je kalau tak couple.Tapi, tak berdosa ke buat semua tu..?”


Ditakdirkan Allah, lepas habis je sekolah menengah, ’Audah masuk sebuah pusat tahfiz. Kat situ dia belajar macam2 dan akhirnya dia dapat jawapan kepada semua persoalan yang dah semakin semak dalam kepalanya tu. Akhirnya dia tahu, tindakan yang dia buat selama ni betul rupa2nya.

Mulai dari situlah ‘Audah pasang target. Time remaja lain sibuk baca buku komik, ’Audah baca buku2 ilmiah. Sebut je la apa2 buku pun, dia mesti baca punya. Tak kira la buku undang2 ke, medik ke, buku comparative religion dan apa2 buku je la..dia mesti baca punya. Bukannya dia minat sangat baca buku2 tu, tapi dia terpaksa buat camtu. Sebabnya, ‘Audah ni rasa untuk kuasai semua bidang bukannya lagi satu KEHENDAK, tapi dah jadi satu KEPERLUAN..



Time
orang ajak main game PES dan FIFA, dia tolak dengan baik dan senyum je. Time kawan2nya borak2 kosong sampai berjam-jam lamanya, dia akan bangun dan balik bilik. Time kawan2nya ajak tengok movie pun dia tolak. Apa yang dia buat masa kawan2nya buat semua aktiviti ni? Bukannya dia tak buat aktiviti2 tu langsung, tapi dia berpada-pada. Kenapa? Sibuk study ke? Mungkin lebih kurang camtu bunyinya…’Audah ni akan balik bilik dan buat aktiviti2 lain. Kalau tak baca buku, dia akan bukak web2 yang bincang tentang hal ehwal semasa atau update blog. Bunyi macam dia ni anti-sosial je? Hidup sorang2 je ke?

Tak la, ‘Audah ni bukannya orang macam tu. Ingat dia suka ke baca buku banyak2? Ingat dia tak suka ke main video game? Ingat dia tak suka ke tengok movie? Ingat dia tak suka ke hidup rileks? Dia SUKA sangat2 buat benda2 tu semua. Tapi, kenapa dia still hidup macam robot je? Sebabnya, dia nak SANGAT2 bi’ah solehah zaman Rasulullah dan khulafa’ ar-rasyidin wujud balik. Dia nak SANGAT2 masyarakat jadi baik. Dia nak SANGAT2 semua orang tutup aurat. Dia nak SANGAT2 semua masalah macam zina, kecurian, bunuh dan lain2 dibasmi terus. Mungkin orang akan kata benda tu mustahil, tapi dia tak kisah langsung.”… Kalau orang lain tak nak buat, biar aku yang mulakan sendiri. Biar la aku tak enjoy zaman remaja aku macam orang lain, asalkan aku mampu ubah masyrakat sekarang kepada cara hidup masyarakat zaman Rasulullah..." Hampir setiap hari dia menangis dan berdoa, “rabbi yassir wa la tu’assir”. Rasulullah idolaku, Sultan Muhammad Al-Fateh inspirasiku. Allah matlamatku dan Islam cara hidupku…”

Prinsip hidupnya mudah je…
• Niatlah sesuatu perbuatan kerana Allah
• Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain
• Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut
• Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri
• Ingatlah mati

* * *
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.” (QS al-Mukminun : 115)

”Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?” (QS. Al-Qiyamah 36)

(>_<)